Berdasarkan seksyen 221 dan 223 Kanun Tanah Negara, tuanpunya tanah berimilik jika tidak mahu atau tidak mampu mengusahakan tanah mereka, boleh memberi pajakan atau tenansi (tenancies) kepada orang/pihak lain.
PAJAKAN TANAH
1. Semua atau sebahagian dari pada tanah tersebut
2. Tempoh melebihi 3 (Tiga) tahun
3. Tempoh maksimum pajakan seluruh tanah adalah 99 tahun
4. Tempoh maksimum pajakan sebahagian tanah adalah 30 tahun
5. Menggunakan Borang 15A Kanun Tanah Negara
6. Pajakan sebahagian tanah hendaklah disertakan pelan kawasan yang hendak dipajak
Orang yang memajak (pemegang pajakan) pula boleh memberi pajakan kecil seluruh atau mana-mana bahagian tanah yang dipajak
PAJAKAN KECIL
1. Tempoh melebihi 3 tahun
2. Pajakan kecil sebahagian tanah tidak melebihi 30 tahun
3. Menmggunakan Borang 15B Kanun Tanah Negara
4. Pajakan kecil sebahagian tanah hendaklah disertakan pelan kawasan yang hendak dipajak kecil
TENANSI/SEWA
1. Semua atau sebahagian daripada tanah/tanah yang dipajak/ tanah yang dipajak kecil
2. Tempoh tenansi tidak melebihi 3 tahun
3. Tenansi boleh diberikan oleh mana-mana tuan punya tanah, pemegang pajakan (orang yang memajak tanah) atau pemegang pajakan kecil (orang yang memajak kecil tanah) atau pemegang tenansi/sub tenansi
PEMILIK TANAH/PEMEGANG PAJAK/PEMEGANG PAJAKAN KECIL BOLEH MENGGUNAKAN PERJANJIAN DI DALAM JADUAL KEENAM KANUN TANAH NEGARA UNTUK TUJUAN TERSEBUT.
JADUAL KEENAM
(Seksyen 229)
PERJANJIAN
YANG BOLEH DIMASUKKAN DALAM PAJAKAN
1. Penanaman
Pemegang
pajakan akan pada bila-bila masa dalam tempoh pajakan itu menanam,
menggunakan dan menguruskan dengan cara yang patut seperti seorang petani
segala bahagian sedemikian harta yang dipajakkan itu seperti yang ada pada
permulaan pajakan itu dipajak atau dipersawahkan dan segala bahagian yang
sedemikian yang boleh selepas itu dipajak atau disawahkan dengan keizinan
pemajak secara bertulis, dan tidak akan menandus atau membazir tanah itu.
2. Penebangan kayu kayan
3. Pengecatan diluar
4. Pengecatan di dalam
Pemegang
pajak hendaklah dalam tiap-tiap tahun ketiga dalam tempoh berterusnya
pajakan itu mengecat kayu, besi dan lain-lain benda di sebelah dalam kepunyaan
kawasan yang dipajak pada masa itu atau selalunya dicatkan dengan dua lapis cat
minyak yang sepatutnya dengan cara yang betul dan juga memutih atau mewarnakan
apa-apa bahagian dalam kawasan tersebut sepertimana yang ada pada ketika itu
diputih atau diwarnakan masing-masingnya.
5. Penggunaan untuk maksud perdagangan
Pemegang
pajak tidak boleh dalam tempoh berterusnya pajakan itu (kecuali dengan
keizinan pemajak secara bertulis) menukarkan, mengguna atau menduduki tempat
yang dipajakan atau mana-mana bahagiannya kepada atau sebagai sebuah kedai,
gudang atau lain-lain tempat untuk menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan,
pendudukan atau apa-apa pekerjaan sekalipun, atau membenar atau menyebabkan
tempat tersebut atau mana-mana bahagiannya digunakan untuk apa-apa maksud
sedemikian atau lainnya kecuali sebuah rumah untuk kediaman persendirian.
6. Perdagangan yang menggganggu
7. Pemagaran
Semasa berterusnya pajakan itu pemegang pajak akan membina dan mendirikan suatu pagar yang baik dan kukuh disempadan-sempadan harta yang dipajakkan di mana dahulunya tidak ada pagar yang kukuh.
8. Insuran kebakaran
(1)
Pemegang
pajak akan menginsurankan atas nama pemajak (dan akan terus menginsurankan sedemikian semasa berjalannya
pajakan itu) terhadap kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh
kebakaran dimana-mana pejabat insuran
awam yang diluluskan oleh pemajak hingga ke jumlah nilai penuhnya bagi semua
bangunan yang pada masa itu berada di atas harta yang dipajakkan yang tergolong
dalam bentuk atau jenis yang boleh diinsurankan terhadap kehilangan atau
kerosakan sedemikian
(2)
Pemegang
pajak akan mendepositkan dengan pemajak apabila dikehendaki berbuat
demikian apa-apa polisi insuran yang dikuatkuasakan di bawah perenggan kecil
(1) dan, dalam tempoh tujuh hari selepas mana-mana premium polisi itu kena di
bayar , akan mendepositkan dengan pemajak resit untuk premium itu.
(3)
Apabila berlakunya
pelanggaran atau ketidak patuhan perjanjian yang terkandung di dalam perenggan
ini, maka pemajak bolehlah, tanpa
menyentuh apa-apa hak lain yang ia mungkin mempunyai di bawah pajakan harta
yang dipajakan itu, menginsurankan bangunan-bangunan yang disebut dalam
perenggan kecil (1) terhadap kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran,
(4)
Kos
melaksanakan suatu insuran di bawah perenggan kecil (3) hendaklah, semasa
berterusnya pajakan itu, dicagarkan ke atas harta yang dipajakan itu.
(5)
Segala wang yang diterima di
bawah suatu polisi insuran yang dilaksanakan di bawah perenggan ini mengenai
kehilangan atau kerosakan bangunan-bangunan yang diinsurankan oleh polisi itu
hendaklah dibelanjakan dalam membaiki kehilangan atau kerosakan itu.
ASSALAMUALAIKUM TUAN. SAYA ADA SOALAN YANG INGIN DITANYA. SAYA MEMPUNYAI PAJAKAN SELAMA 20 TAHUN. TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KE SEPULUH. SOALAN SAYA, APAKAH CARA UNTUK SAYA MENAMATKAN PAJAKAN TERSEBUT KERANA SETELAH SEKIAN LAMA, SAYA BERASA BERADA DI PIHAK YANG RUGI?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAlaika Salam. Buat satu perjanjian yang baharu.
BalasPadamAssalamualaikum .
BalasPadamJika tanah itu nama dikongsi bersama dan saya nak pecahkan nama tetapi tanah telah dipajakkan untuk 20 tahun atas persetujuan semua . boleh atau tidak dan bagaimana?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
BalasPadamSaya ada mempunyai sebidang tanah dekat projek RAPID Pengerang, Johor soalan saya bagaimana cara saya ingin pajakkan sebahagian tanah saya kepada peniaga2 bersaiz sederhana atau koperasi syarikat.
2. Dan dalam masa yang sama boleh tak guna geran tersebut untuk dicagarkan kepada bank, untuk mendapatkan modal perniagaan?
sekian terima kasih.
Wasallam, saya ada tanah kurang se ekar, berapa saya boleh bagi sewa?
BalasPadamSaya berhasrat untuk naikkan kadar pajakan tanah. berapa % daripada penilaian semasa yang dirasakan berpatutan untuk digunakan untuk tujuan tersebut?
BalasPadamterima kasih.