Baru-baru ini saya ada ditanya melalui telefon orang seorang tuan tanah dari Kota Bahru Kelantan berkaitan dengan Akta Bekalan elektrik 1990 iaitu:
'Terdapat talian bekalan elektrik di atas beberapa lot tapak rumah/banglo (mungkin selepas pecah bahagian/pecah sempadan). Ini menyebabkan pemilik tanah tidak dapat membangunkan tanah tersebut dengan bangunan. Berdasarakan maklumat yang diberikan kepada saya tiada sebarang catatan/endorsan di dalam dokumen hakmilik tersebut. Persoalannya apakah tindakan yang patut diambil.'
Pandangan/Jawapan
Tuan punya tanah mestilah terlebih dahulu membuat semakan sama ada di pejabat TNB atau Pejabat Tanah status laluan bekalan elektrik tersebut sama ada ianya di pasang mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 atau melalui Akta sebelum itu. Jika ianya dipasang mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, seksyen 10 Akta Bekalan Elektrik 1990 menyatakan:
'Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berhubung dengan perkara-perkara mengenai tanah, Pendaftar -
(a) apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2) beserta dengan penyataan oleh Pentadbir Tanah Daerah bahawa tiada bantahan telah diserahkan oleh mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3); atau
(b) apabila dikemukakan kepadanya salinan asal perintah yang dibuat dibawah subseksyen (7) dan apabila salinan terperaku bagi perintah itu disimpankan dengannya,
hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan hak-hak dibawah notis atau perintah itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubung dengan tanah yang terjejas oleh notis atau perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Lanjutan daripada seksyen tersebut, para 3.1.6.4 dan para 3.2.1 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2 Tahun 1999 menghendaki Tenaga Nasional Berhad mengemukakan perkara-perkara dibawah seksyen 10 untuk tujuan yang sama.
Oleh yang demikian adalah menjadi kewajiban kepada Tenaga Nasional Berhad mengemukakan salinan asal perintah Pentadbir Tanah kepada Pejabat Tanah dan menjadi kewajiban kepada Pendaftar untuk membuat endorsan ke dalam dokumen hakmilik dan sebaliknya jika perkara tersebut tidak diserahkan dan endorsan tidak dibuat, dari segi undang-undang laluan yang dibina adalah TIDAK SAH DAN TUAN PUNYA TANAH BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEATAS TNB walaupun sebelum ini tuanpunya tanah telahpun dibayar gantirugi berdasarkan seksyen 16 Akta yang sama
SEBALIKNYA JIKA LALUAN BEKALAN ELEKTRIK TERSEBUT DIPASANG/DIDIRIKAN SEBELUM AKTA 447 BERKUATKUASAN ADALAH TIDAK MENJADI KEWAJIBAN KEPADA PENTADBIR TANAH MEMBUAT ENDORSAN KE DALAM DOKUMEN HAKMILIK TANAH BERKENAAN
Selain daripada itu apabila semakan dibuat dan di dapati PIHAK TENAGA NASIONAL MEMASANG TALIAN BEKALAN TERSEBUT TANPA MENGGUNAKAN AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 ATAU AKTA SEBELUM ITU ATAU AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960, MAKA TINDAKAN TERSEBUT ADALAH MENCEROBOH TANAH MILIK DAN MESTI MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENGESAHKAN PENDUDUKAN TERSEBUT.
Lanjutan dari isu di atas, pukul 9 malam tadi 14 Januari 2014, saya menerima satu sms:
'Sekitar tahun 1990, TNB telah memasang talian voltan tinggi dari Tanah Merah ke Kota Bharu. Pihak kami mendapati tiada pengambilan atau permohonan izin lalu dari pihak TNB. Pemasangan tersebut menyebabkan 7 lot banglo tidak dapat digunakan untuk mendirikan rumah/menjualnya. Jurunilai menganggarkan lot-lot banglo itu bernilai 300 k'
Persoalan:
Bolehkan kita menuntut 'loss of use' tanah itu dari akhir tahun 1990 hingga 2014?
Pada pendapat tuan berapa nilai patut dituntut setahun?
Bolehkah kita menuntut supaya TNB membuat pengambilan tanah mulai tahun 2014?
Sekiranya TNB enggan mengambilnya, apakah tindakan yang perlu saya ambil?
Pandangan:
Berdasarkan gambar yang dihantar kepada saya ianya adalah talian bekalan elektrik voltan tinggi. Untuk itu TNB boleh menggunakan Akta Bekalan Elektrik 1990 atau Akta Pengambilan Tanah 1960. Oleh kerana tanah tersebut lot banglo (mungkin kategori bangunan), sepatutnya TNB menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.
Nasihat saya tuan pergi ke Pejabat Tanah dan syorkan supaya Pejabat Tanah meminta TNB memohon pengambilan tanah. Jika pengambilan berlaku, nilai tanah adalah berdasarkan nilaian tahun 2014 (tarikh warta seksyen 8). Apabila siasatan dijalankan nanti, pihak tuan bolehlah memohon 'loss of use' tanah tersebut dan jika pihak TNB tidak mengambil sebarang tindakan, pihak tuan disyorkan mengambil tindakan Mahkamah kerana TNB melanggar Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan
Perkara 13 Hak terhadap harta
(1) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(2) tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Salam sejahtera. Sy ingin meminta pendapat encik. Pada tahun 1990 TNB telah membina tapak transformer di kawsan tanah ladang. Pada tahun 2000 kawasan tanah ladang tersebut telah menjadi hak kami. Persoalannya bagaimana kami ingin menuntut keadilan kerana kawasan ladang tersebut termasuk tapak transformer TNB. kami membayar cukai tanah setiap tahun tetapi pihak TNB tidak memberi apa² pampasan kepada kami. Pihak FELDA juga tidak mahu bertanggungjawab dengan hal ini. Sy memohon kpd encik tolong beri pendapat apa yg harus sy lakukan. Terima kasih.
BalasPadam