Selasa, 1 September 2015

Hakmilik Sambungan Selepas Pengambilan Tanah

ATAS PERMINTAAN, HARI INI SAYA PAPARKAN SATU LAGI ISU YANG SERING MENJADI PERTIKAIAN

Ada yang bertanya kepada saya apabila pengambilan sebahagian tanah telah berlaku, boleh atau tidak Pejabat Tanah mengeluar dan mendaftar hakmilik sementara terlebih dahulu untuk baki lot tersebut.

Berdasarkan seksyen 26(3) Akta Pengambilan Tanah -

'Jika sesuatu lot yang telah diambil sebahagiannya dipegang di bawah hakmilik sementara (qualified title), pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan hendaklah (shall) -

(a) membetulkan sempadan yang terdapat pada dokumen hakmilik daftar itu; dan
(b) jika terdapat dokumen hakmilik keluaran telah diserahkan kepada Pentadbir Tanah menurut seksyen 24, membetulkan sempadan yang terdapat pada dokumen tersebut dan menyerahkan kembali dokumen tersebut kepada yang menyerahkannya 

seksyen 26 Akta Pengambilan Tanah pula menyatakan:

'(1) Jika sebahagian daripada sesuatu lot telah diukur semula menurut subseksyen (1) seksyen 25, pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan hendaklah -

(a) dalam kes tanah yang dipegang dibawah hakmilik Pejabat Pendaftaran (Geran dan Pajakan Negeri) atau hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim dan Pajakan Mukim), mengeluarkan hakmilik sambungan pada bahagian tanah yang dipegang oleh empunya itu seolah-olah dia mengeluarkan hakmilik sambungan pada keseluruhan tanah itu'

Untuk mengeluarkan hakmilik sambungan pada keseluruhan tanah itu, dalam ayat diatas adalah merujuk kepada seksyen 166(1)(h) Kanun Tanah Negara iaitu hakmilik sambungan yang dikeluarkan akibat pengambilan sebahagian tanah selepas ukur semula dijalankan.

Seksyen 170(1) Kanun Tanah Negara pula menyatakan 'Untuk maksud pengeluaran hakmilik sambungan dibawah bab ini kepada mana-mana tanah secara keseluruhan -

(a) Dokumen hakmilik daftaran yang hendak disediakan hendaklah terdiri dari-
     
(i) dalam kes tanah yang dipegang dibawah hakmilik Pejabat Pendaftaran, satu geran atau Pajakan Negeri (State Lease) , selaras seperti tanah itu dipegang buat selama-lamanya atau untuk suatu tempoh beberapa tahun.

(ii) dalam kes tanah yang dipegang dibawah hakmilik Pejabat Tanah, satu Geran Mukim atau Pajakan Mukim, selaras seperti tanah itu dipegang buat selama-lamanya atau untuk suatu tempoh beberapa tahun, dan

(iii) ..........................................

Pandangan:

1. Berdasarkan kenyataan/seksyen diatas, dalam Akta Pengambilan Tanah TIDAK ADA peruntukan mengenai kedudukan tanah tanah hakmilik Pejabat Pendaftar iaitu Geran dan Pajakan Negeri, hakmilik Pejabat Tanah iaitu Geran Mukim dan Pajakan Mukim apabila sebahagiannya terlibat dengan pengambilan SAMAADA boleh atau tidak dikeluarkan Hakmilik Sementara terlebih dahulu ATAU terus mengeluarkan hakmilik muktamad. IDalam seksyen di atas hanya menyentuh HAKMILIK SEMENTARA SAHAJA. 

Ada pihak yang memberi alasan, HAKMILIK SEMENTARA perlu dikeluar dan didaftarkan terlebih dahulu kerana urusan pengukuran semula baki lot mengikut seksyen 25, mengambil masa yang terlalu lama. Pada saya isu pengukuran semula baki lot lambat dibuat tidak timbul kerana BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA DALAM TAHUN TAHUN 1980 an, PALING LAMA JABATAN UKUR MENYELESAIKAN UKURAN SEMULA ADALAH DUA TAHUN. ISU SEBENARNYA MUNGKIN PERMINTAAN UKUR TIDAK DIBUAT walaupun berdasarkan seksyen 25(1) di bawah, PENTADBIR TANAH MESTI MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA UNTUK MEMINDA CUKAI DAN UKUR SEMULA BAKI LOT APABILA SAHAJA PAMPASAN DIBAYAR DAN BORANG K DIKELUARKAN

' Where only part of a lot is acquired under this act, the Land Administrator shall revice the rent (if any) payable by the proprietor by reference to the estimed area of the part not acquired and, in the case of land held under Registry title, Land Office title or title evidenced by any entry the Interim Register, shall cause the part retained by proprietor to be re-surveyed'

Berdasarkan seksyen- seksyen  diatas TIDAK TIMBUL PENGELUARAN HAKMILIK SEMENTARA SELEPAS PENGAMBILAN SEBAHAGIAN LOT HAKMILIK PEJABAT PENDAFTAR ATAU HAKMILIK PEJABAT TANAH. Oleh yang demikian pada pandangan sayaaianya tertakluk kepada seksyen 26(1) iaitu HANYA MENGELUARKAN HAKMILIK SAMBUNGAN MUKTAMAD

2. Apabila pentadbiran tanah mengambil tindakan mengeluar dan mendaftarkan hakmilik sementara bagi hakmilik muktamad selepas pengambilan, HAKMILIK ASAL AKAN DIBATALKAN dan seterusnya ingatan/endorsan Borang D dan Borang K (jika endorsan dibuat) juga akan terbatal. Apabila Permintaan Ukur dibuat untuk mengeluarkan hakmilik sambungan kemudiannya BAGAIMANA UNTUK MENENTUKAN PERBEZAAN KELUASAN PENGAMBILAN NANTI DAN PELARASAN YANG AKAN DIBUAT?

3. Bagaimana pula kedudukan lot-lot seperti perenggan 2 di atas terlibat pula dengan pengambilan yang baharu sedangkan HAKMILIK MUKTAMAD BELUM DIKELUARKAN

4. Jika hakmilik sementara dikeluar dan didaftarkan terlebih dahulu, dikhuatiri PERMINTAAN UKUR BAGI BAKI LOT LAMBAT DIBUAT DAN KEMUNGKINAN JUGA TIDAK DIBUAT (TERLUPA) kerana  kita menganggap tuanpunya tanah tidak lagi mempersoalkannya kerana mereka telah mempunyai hakmilik. Jika ini berlaku kita telah mengabaikan kehendak seksyen 25, seksyen 28 seterusnya seksyen 32(2) Akta itu sendiri sedangkan IANYA MESTI (SHALL) DIBUAT dan bagaimana jika orang yang berkepentingan mengambil tindakan Mahkamah terhadap pentadbiran tanah kerana tidak mengambil tindakan tersebut?

5 Selain daripada itu, jika ini berlaku KITA MENAMBAHKAN BEBAN KERJA KERANA SEPATUTNYA  HAKMILIK SEMENTARA TIDAK PERLU DIKELUARKAN TETAPI HANYA SEDIAKAN PERMINTAAN UKUR DAN SETERUSNYA KELUARKAN HAKMILIK SAMBUNGAN.

6. Seperkara lagi, untuk mengatasi masalah lambakan HAKMILIK SEMENTARA, Pihak Berkuasa telahpun mewujudkan Pasukan Petugas Khas, meminda Kanun Tanah Negara dan tidak menggalakkan pengeluaran HAKMILIK SEMENTARA kecuali berkaitan dengan PEMILIKAN PERTAMA. Jika HAKMILIK SEMENTARA masih dikeluarkan, perkara ini akan terus berpanjangan dan tidak ada kesudahannya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan