Saya ada menerima satu soalan daripada Pengarah JKPTG Negeri Sembilan berkaitan dengan pengiraan caj bayaran lewat.
Soalan seperti berikut:
Soalan seperti berikut:
Borang K - 15.4.2015
Bayaran - 4.6.2015
So jumlah hari yang kita kira macam mana?
16.4.2015 - 4.6.2015 atau
16.4.2015 - 3.6.2015?
Jika kita rujuk Akta Tafsiran seksyen 54 dan 105:
Hari jatuhnya perkara itu dianggap tidak diambil kira sebagai hari ia berlaku tetapi hari selepasnya. Jika hari itu adalah hari cuti, ia adalah hari seteruanya terpakai
Contoh lain:
Katakan tarikh Borang K dikeluarkan 4.6.2015
Tarikh bayaran pampasan 30.6.2015
Bila nak kira hari sebenarnya kerana jika mengikut Akta Tafsiran mulai kira 5.6.2015 hingga 1.7.2015
Di sebut hari berlaku perbuatan atau tindakan tidak boleh diambil kira.
Pandangan
Berdasarkan seksyen 32(1C) Akta, oleh kerana ambil milik (pengeluaran dan penyerahan Borang K) dibuatkan lebih awal dari dari bayaran pampasan, caj bayaran lewat dikira dari tarikh semasa tanah itu diambil milik iaitu tarikh penyerahan Borang K hingga pampasan itu di bayar.
Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, caj bayaran lewat dikira mulai dari tarikh 15.4.2015 hingga 4.6.2015 DAN 4.6.2015 hingga 30.6.2015.
Ini saya nyatakan berdasarkan penghakiman diperenggan [24] Kes Koriah Binti Sudar v Pentadbir Tanah Kuala Langat [2013] 3 MLJ 695 Mahkamah Rayuan memutuskan :
"We accordingly ordered that interest at 8%pa be paid on the sum of RM43,610 being the additional compensation awarded by the learned JC, from 5 October 2000 (date of the issuance of 'Borang K') to 11 July 2012 (the date of the sum RM43,610 credited into the appellant's solicitors client's account)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan