Ahad, 20 September 2015

Sambungan


BAHAGIAN KEDUA

Dalam kes RE Application of Tan Oon & Ors [1985] 2 MLJ 67 dan Oil Palms Sdn Bhd v Pemungut Hasil Tanah Kuantan [1981] 1 MLJ 315, Y.A Hakim Geroge J menghuraikan dengan jelas ciri-ciri sebenar Pentadbir Tanah seperti berikut:


(a) walaupun di dalam kes ini isu utama yang dipersoalkan ialah tentang keesahan award oleh Pentadbir Tanah yang dibuat 6 tahun selepas notis di bawah seksyen 8, tetapi pendapat hakim semasa memperkukuhkan penghakimannya telah menyentuh seksyen 12 dan 14 boleh dijadikan rujukan di dalam melihat ciri-ciri dan fungsi Pentadbir Tanah.

("section 12 ti 16 of the Act make clear that The Collector in holding his enquiry is clothed with judicial powers and section 14(1) makes it mandatory for him to prepare a written award which shall be final and conclusive of the value of the land in the oponion of the Collector. section 14(2) ")

(b) Y.A Hakim George J, menyebut fungsi-fungsi Pentadbir Tanah dengan merujuk kepada peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam Akta dan berpandangan bahawa adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan bahawa semasa mengadakan siasatan di bawah seksyen 12 dan memutuskan award di bawah seksyen 14, Pentadbir Tanah bertindak separa kehakiman dimana keputusannya  boleh dan akan memberikan kesan kepada individu tersebut.

("At best it can be said that the implementation of section 16 of the Act may be a purely administrative action but to my mind there is no qustion but the holding of the enquiry pursuant to section 12 and the making of the award pursuant to section 14 are quasi-judicial functions which could and do affect the individual")

(c) Y.A Hakim turut merujuk kepada seksyen 37(2) yang memperuntukkan bahawa tiada apa-apa bantahan yang boleh dibuat terhadap award Pentadbir Tanah kecuali Pentadbir Tanah 'menghilangkan" peranan subjektifnya sebagai penjawat awam atau ejen kepada kerajaan dan sebaliknya memainkan peranan sebagai tribunal yang bebas yang perlu mengeluarkan pendapatnya sendiri sebagai seorang hakim apabila memutuskan award.

("Section 37(1) of the Act provides that where the total amaount claimed in compensation does not exceed five hundred ringgit the written award of the Collector shall be final and no objection may be made in respect thereof. This sub section brings home the need for the Collector to divest himself of his subkective role as a servant or agent of the government and play the role of and indenpendent tribunal who has arrived at an opinion in respect of the award he has to make a judiacial manner")

(d) Hakim tidak bersetuju tentang peranan Pentadbir Tanah hanya bertindak sebagai ejen kepada agensi pengambilan apabila Pentadbir Tanah diberikuasa membuat "perkiraan" dengan pihak "berkepentingan" mengikut budibicaranya di bawah seksyen 15 Akta. Ini kerana di bawah seksyen 15, hanya boleh memasuki apa-apa perkiraan dengan persetujuan pihak-pihak berkepentingan sahaja dan semasa membuat perkiraan tersebut, Pentadbir Tanah hanya bertindak sebagai ejen kepada agensi pengambilan dan tidak dikehendaki untuk memutuskan award. Sekiranya tiada mana-mana permintaan untuk menggunakan seksyen 15, peranan yanag dimainkan oleh Pentadbir Tanah adalah jauh berbeza dari peranan seorang perunding.

("My attention was drawn to section 15 of the Act which empowers the Collector to negotiate a settelement as being inconsistent with the exercise of judicial poer. I agree with that submission but hasten to add that it is only with the express consent of the interested party that the Collector may negotiate a settlement. In negotiating a settlement the Collector acts as an agent of the acquiring authority and is not required to make an award. But in section 15 is not invoked and the Collector in fact holds the enquiry makes his award the role he plays is very defferent from that of a negotiator")

Oleh itu berdasarkan kepada kes-kes Mahkamah tersebut, adalah jelas bahawa ciri-ciri fungsi Pentadbir Tanah di bawah seksyen 12 dan seksyen 14 Akta 486 adalah TIDAK BERSIFAT PENTADBIRAN ATAU SEBAGAI EJEN KEPADA AGENSI PENGAMBILAN. Sebaliknya sama ada mengadakan siasatan di bawah seksyen 12 dan memutuskan award dibawah seksyen 14 PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI SATU TRIBUNAL BEBAS YANG MENGHASILKAN PENDAPATNYA SENDIRI MENGIKUT PERTIMBANGAN YANG DINYATAKAN DALAM JADUAL PERTAMA BERBENTUK KEHAKIMAN

Pada pandangan saya, Pentadbir Tanah bukan hanya menjalankan kuasa pentadbiran TETAPI JUGA KUASA MAHKAMAH berdasarkan seksyen 13(1) iaitu Pentadbir Tanah diberi kuasa bagi memanggil dan memeriksa saksi saksi termasuk orang yang berkepentingan pada tanah, pengendalian sumpah atau pengakuan dan bagi memaksa mengemukakan dan penyerahan kepadanya dokumen-dokumen termasuk dokumen hakmilik keluaran dan dokumen-dokumen lain. 

(B) Prinsip Pampasan

Prinsip asas pampasan ialah memastikan mereka yang terlibat dengan pengambilan tanah berada dalam keadaan yang sama selepas pengambilan seperti dengan keadaannya sebelum pengambilan (tidak kurang baik mahupun tidak lebih baik). (Rickets v Metropolitan Rail Co 1987, Living Stone v Rawyards Coal Company, Horn v Sunderland). Pampasan yang perlu diambil kira oleh Pentadbir Tanah bukan sahaja merangkumi nilai tanah berjadual tetapi lain-lain kerugian yang dialami akibat pengambilan tanah. Bagi mendapatkan nilaian/amaun pampasan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Pentadbir Tanah BOLEH memperoleh suatu pendapat secara bertulis daripada 'penilai' sebelum sesuatu award dibuat di bawah seksyen 14 Akta 486.

'Penilai' ditakrifkan sebagai penilai yang bekerja dengan Kerajaan atau penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 sepertimana yang dijelaskan dalam seksyen 2 Akta 486. Pada kebiasaannya Pentadbir Tanah akan mendapatkan pendapat daripada penilai Kerajaan. Persoalan yang timbul ialah adakah Pentadbir Tanah terikat dengan 'nilaian' yang diberikan oleh Penilai Kerajaan dalam menentukan award di bawah seksyen 14. Pentadbir Tanah yang berperanan sebagai satu tribunal yang bebas, tidak terikat dengan dengan pendapat nilaian penilai semasa memutuskan award tetapi sebaliknya Pentadbir Tanah hendaklah mengimbangi pendapat nilaian yang diterima semasa siasatan (penilai Kerajaan dan penilai swasta) secara bebas dan adil.

Walau bagaimanapun, dalam menentukan award pampasan, Pentadbir Tanah perlu mengambil kira prinsip-prinsip pampasan, kriteria-kriteria tertentu sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mempunyai asas serta justifikasi yang kukuh dalam memutuskan award pampasan supaya perkara-perkara berbangkit tidak akan timbul pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan