Isnin, 28 September 2015

Fee Penilai, Siapa Bertanggungjawab?

Saya ada menerima soalan seperti di bawah dari pengunjung blog saya. Soalan tersebut disalin tanpa pindaan. 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala kerna secara tidak sengaja terjumpa blog tuan, dan ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menimba sedikit ilmu.

Soalan berkisar sekitar tanggungjawab  Fee Penilai swasta dalam pengambilan balik tanah di pertanggungjawabkan kepada siapa ? 

Kes ini berlaku di Pejabat Tanah Daerah Port Dickson pada 13hb dan 14hb September 2015 baru baru ini bagi Talian 500kV projek infratruktur Jimah Olak Lempik. Mukim Jimah dalam daerah Port Dickson dan Olak Lempik berada di daerah Kuala Langat.

Agensi Pembayar adalah Tanaga Nasional Bhd di bawah Energy Venture Sdn Bhd. Dan pengambilan ini di bawah sek 3(1)a.

Isu yang dibangkitkan Energy Venture ialah kenapa Fee penilai swasta di tanggung oleh TNB. Sedangkan tiada kenyataan yang menghuraikan dengan terperinci sec 14(5)berkaitan Fee penilai swasta..  Sek 14(5)menyebut Fee penilai di tanggung oleh Land Administrator. 

Sebelum jawapan diberikan cuba perhatikan seksyen dibawah:

1. Sek. 14(5) - The Land Administrator shall DETERMINE (menetapkan/menentukan) THE AMOUNT OF THE COST, WHICH SHALL INCLUDE ANY VALUATION FEE.............. . Pentadbir Tanah tentukan BUKAN BAYAR

2. Sek 29(1) - After a notice of award in Form H has been served in the manner prescribed by section 53, upon all interested persons the Land Administrator shall, as soon as may be, MAKE PAYMENT ............... (MEMBAYAR)

3. Sek 29A(1) - Where the total amount of any award in respect of any scheduled land exceeds fifteen thousand ringgit, then, notwithstanding section 29, the Land Administrator shall, subject to subsection (2) MAKE PAYMENT (MEMBAYAR) ........................

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN

Sekyen-sekyen diatas adalah beberapa contoh TANGGUNGJAWAB/ARAHAN yang dinyatakan oleh Akta dan MESTI dijalankan/laksanakan oleh Pentadbir Tanah. Jika pihak tuan mengkaji keseluruhan Akta yang mempunyai 69 seksyen tersebut meletakkan tanggungjawab pengambilan di atas bahu Pentadbir Tanah walaupun pengambilan itu BUKAN UNTUK DIRINYA.

SEBENARNYA PENTADBIR TANAH ADALAH ORANG TENGAH YANG DILANTIK OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI UNTUK MENJADI PENGHUBUNG ANTARA TUAN TANAH YANG TANAHNYA TERLIBAT PENGAMBILAN DENGAN AGENSI PEMOHON YANG MENGAMBIL TANAH

OLEH YANG DEMIKIAN TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR PAMPASAN DAN KOS KOS YANG LAIN (seperti fee penilaian yang mana pindaan Akta dibuat dalam tahun 1998) DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA AGENSI PEMOHON DAN BUKANNYA DIBAHU PENTADBIR TANAH

Perkara diatas dijelaskan dengan terperinci oleh sesyen 65 Akta:

'Subject to section 50, THE COST AND CHARGES INCURRED BY THE LAND ADMINISTRATOR IN ACQUIRING ANY LAND OR THE USE OR OCCUPATION OF ANY LAND UNDER THIS ACT SHALL BE DEFRAYED (ditanggung/dibayar) BY THE GOVERNMENT OF THE STATE OR, WHERE SUCH LAND IS ACQUIRED, USED OR OCCUPIED ON BEHALF OF ANY PERSON OR CORPORATION (contoh di sini TNB) PURSUANT TO SECTION 3, BY SUCH PERSON OR CORPORATION'

5 ulasan:

  1. Selain daripada pampasan tanah, pihak mana yang perlu menanggung kos khidmat penilai swasta yang dilantik sendiri oleh tuan tanah semasa siasatan walaupun Pentadbir Tanah telah menggunakan khidmat JPPH yang juga hadir semasa siasatan tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayaran pd penilai yg dilantik adalah tanggungjwb tuan tanah yg melantik. Semasa siasatan tuan tanah boleh memohon kembali bayaran tersebut dan PENTADBIR TANAH AKAN MEMERINTAHKAN AGENSI PEMOHON MEMBAYARNYA

      Padam
  2. Assalamualaikum Dato',

    Saya pernah ikut perbicaraan pampasan untuk pengambilan tanah pusaka emak saya. Pada pagi hari siasatan, emak telah didatangi oleh Penilai Swasta untuk dilantik sebagai penilai tanah kami. Pada awalnya emak sangsi untuk bersetuju, tetapi setelah dirayu, emak akhirnya bersetuju.

    Siasatan telah berjalan lancar dan kami bersetuju dengan perintah yang diputuskan. Pentadbir Tanah telah juga mengarahkan Agensi Pemohon untuk membayar Fi Penilai sebanyak RM1,500.00 kepada Penilai Swasta tadi. Kami tiada halangan kerana semua kos seharusnya ditanggung oleh Agensi Pemohon.

    Tetapi, alangkah senangnya kerja Penilai Swasta tadi mendapat hasil yang lumayan. Bayangkan jika ada 1000 pemilik yang diwakilinya.

    Perlukah ada satu garis panduan kepada Penilai Swasta ini agar pembaziran wang kerajaan dapat dijimatkan ?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Apa yang saya faham buat masa ini. Semasa sebelum bantahan, tiada bayaran di kenakan untuk penilai swasta. Selepas terima dan bantah, bayaran fi di kenakan ke atas penilai swasta.
    Soalan saya, bolehkan saya membuat tuntuan bayaran fi yang dikenakan selepas terima dan bantah.
    Jika boleh, kepada siapa saya tuntut

    BalasPadam
  4. Salam. Saya juga ingin bertanya, bolehkah penilai swasta meminta sumbangan / komisyen lain daripada pemilik tanah yg diwakilinya? Haruskah pemilik memberikannya? Sedangkan penilai sudahpun menerima fi daripada kerajaan..

    BalasPadam