Khamis, 21 Mac 2013

Ambil Milik (Taking Possession of Land)


Ambil Milik bermaksud 'Mengeluar dan menyerahkan Borang K'. Apabila Borang K diserahkan kepada penduduk, tuanpunya tanah bermakna pada hari tersebut atau selepasnya mereka mesti keluar dari tanah tersebut dan seterusnya AGENSI PEMOHON BARU BOLEH MEMASUKKI TANAH YANG DIAMBIL DAN SEBALIKNYA. Ini juga telah dinyatakan pada perenggan 22.1 Manual Pengambilan Tanah.

Berdasarkan seksyen 18 (a) Akta Pengambilan Tanah 1960, Pentadbir Tanah boleh 'mengambil milik' mana-mana tanah yang award/perintah telah dibuat pada waktu notis Borang H disampaikan kepada penduduk atau bila-bila masa selepas itu.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang juga ada menyatakan bahawa Borang K boleh dikeluar dan diserahkan selepas perintah dibuat.

Perkara yang sama ada dinyatakan pada perenggan 22.3 Manual Pengambilan Tanah.

Berdasarkan kenyataan di atas, pada pandangan saya, Pentadbir Tanah boleh mengeluar dan menyerahkan Borang K pada atau selepas Borang H diserahkan (ENDORS BOLEH DIBUAT SERENTAK ATAU KEMUDIAN, SEBAIK-BAIKNYA SERENTAK ). PERKARA INI JARANG DILAKUKAN DAN LAZIMNYA BORANG K DIKELUARKAN SELEPAS BAYARAN DIBUAT. ITU SEBAB BERLAKU KEKELIRUAN.  Walau bagaimanapun satu perkara yang perlu diambil perhatian iaitu berdasarkan seksyen 32(1C), caj bayaran lewat akan dikira mulai daripada Borang K diserahkan sehingga pampasan dibayar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan