Rabu, 13 Mac 2013

Tatacara Pelaksanaan Notis Borang E


Notis Borang E hendaklah dilaksanakan mengikut seksyen 10(1) dan seksyen 11(1) Akta Pengambilan Tanah 1960. Seksyen 10(1) adalah Notis Awam Borang E yang diberikan mengikut cara yang ditetapkan oleh (in the manner prescribed by) seksyen 52, sementara seksyen 11(1) adalah notis individu Borang E yang diberikan mengikut cara yang ditetapkan oleh sekyen 53


Seksyen 53

Mengikut seksyen 53(1), penyampaian apa-apa notis (rujukan adalah kepada Borang E berdasarkan tajuk perbincangan) dibuat dengan menghantar atau memberikan (by delivering or tendering) sama ada -

(a) kepada orang yang dialamatkan notis tersebut atau jika tidak dijumpai;

(b) kepada mana-mana ahli keluarga dewasa yang tinggal bersamanya

dan dapatkan tandatangan orang yang menerima atau yang diserahkan

Seksyen 53(2) pula bermaksud, jika orang yang diserahkan Borang E tersebut, enggan atau tidak dapat menandatangani atau tidak ada orang yang sesuai untuk menerima (if no proper person can be found), notis Borang E dilekatkan (fixing) satu salinan -

(a) pintu luar bangunan orang yang dinamakan biasa tinggal dan

(b) pada mana-mana pada kenyataan awam (publis notice-board) dalam bandar, kampung atau mukim orang tersebut bermastautin.


Seksyen 54

Seksyen ini pula menyatakan jika orang berkepentingan atau ahli keluarga dewasa tidak dijumpai dan dia tidak bermastautin dalam negeri (he does not reside within the State) Pentadbir Tanah hendaklah -

(a) laksanakan penyampaian notis dengan menyerahkan kepada ejen atau kepada orang yang berhak bertindak; atau

(b) jika tidak ada ejen, laksanakan melalui pos berdaftar setelah alamat dikenalpasti; dan

(c) menerbitkan di dalam mana-mana akhbar tempatan jika dia (Pentadbir Tanah)  menganggap adalah perlu (where he considers)


DARIPADA PENERANGAN DIATAS, PADA PANDANGAN SAYA JIKA NOTIS BORANG E TIDAK DAPAT DISERAHKAN KERANA ORANG YANG BERKENTINGAN ITU TIDAK DIJUMPAI DAN TELAH DIKENALPASTI DIANYA WARGANEGARA (SEPATUTNYA TINGGAL DIMALAYSIA), MAKA SUDAH MEMADAI NOTIS TERSEBUT DILAKSANAKAN MENGIKUT SEKSYEN 53(2).

SEBALIKNYA JIKA SELEPAS ITU KITA DAPATI IANYA TIDAK TINGGAL DIMALAYSIA/BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA, SEPATUTNYA NOTIS DILAKSANAKAN MENGIKUT SEKSYEN 54


PERHATIAN!!!

Pada pandangan saya, seksyen 56 bermaksud seksyen 52, 53, 54 MESTI DILAKSANAKAN/DIBUAT TERLEBIH DAHULU MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN TERSEBUT, baru lah seksyen 56 terpakai. TETAPI jika seksyen 52, 53 dan 54 tidak diambil tindakan/tidak dibuat, seksyen 56 TIDAK TERPAKAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan