Jumaat, 22 Mac 2013

Borang H dan Tindakan


MINGGU HADAPAN MULAI 25 MAC HINGGA 1 APRIL TIADA DI PEJABAT KERANA KE LANGKAWI, IPOH (WORKCAMP MODUL) DAN INSPEN, BANGI.

Untuk akhiri minggu ini saya membincangkan perkara yang perlu dilakukan oleh pemohon dan orang berkepentingan apabila menerima BORANG H, kerana masih ada pemohon dan juga orang yang berkepentingan tidak mengetahui tugas dan hak mereka apabila menerima borang tersebut.

Borang H adalah 'Notis Award dan Tawaran Pampasan'. Menurut seksyen 16(1) Akta Pengambilan Tanah, apabila award/perintah telah dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah menyedia dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan termasuk pemohon {Kerajaan, orang atau perbadanan seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 55(1)(b)}

Lihat contoh Borang H di bawah









Tindakan Pemohon Apabila Menerima Borang H

Berdasarkan seksyen 32(1C) Akta Pengambilan Tanah 1960, pemohon hendaklah membuat bayaran pampasan pada atau sebelum 'genap masa/due date'. Genap masa bermaksud 'date of taking possession of the land or a date three months after the service of a notice under section 16(1) {Borang H}, whichever is the earlier'

Dalam proses pengambilan biasa (tanpa pengeluaran Borang I), pemohon hendaklah membuat bayaran pampasan pada atau sebelum tamat tempoh 3 bulan selepas penyerahan Borang H.

OLEH YANG DEMIKIAN ADALAH DINASIHATKAN, PEMOHON HENDAKLAH MENCATATKAN TARIKH TERIMA BORANG H/ BUKAN TARIKH TANDA TANGAN PENTADBIR TANAH UNTUK MENETAPKAN JANGKAMASA 3 BULAN SEPERTI YANG DIKEHENDAKKI OLEH SEKSYEN DI ATAS.

Kesan Jika Pampasan Dibayar Melebihi Tempoh

Berdasarkan seksyen 32(1) Akta Pengambilan Tanah, Caj bayar lewat (Late payment charges) 8% akan dikenakan mulai dari tarikh genap masa hingga tarikh pampasan itu dibayar kepada tuanpunya tanah.


Tindakan Tuanpunya Tanah/Orang Berkepentingan Apabila Menerima Borang H

Jika kita perhatikan muka surat 2 Borang H di atas, tuanpunya tanah/orang berkepentingan mempunyai 3 pilihan apabila menerima Borang H iaitu saya menerima tawaran itu, saya menerima tawaran itu dengan bantahan dan saya tidak menerima tawaran itu.

Pilihan pertama (a) iaitu saya menerima tawaran itu, bermaksud tuanpunya tanah/orang berkepentingan tidak ada masalah dan akan terima dengan senang hati amaun yang tercatat di dalam Borang H apabila bayaran dibuat nanti.

Pilihan kedua (b) iaitu saya menerima tawaran pampasan itu dengan bantahan, bermaksud tuanpunya/orang berkepentingan menerima amaun yang tercatat di dalam Borang H apabila bayaran dibuat nanti tetapi dalam masa yang sama akan membuat bantahan ke Mahkamah kerana merasakan amaun tersebut tidak mencukupi.

Ada tuanpunya/orang berkepentingan enggan menerima bayaran pampasan tersebut apabila ingin membuat bantahan ke Mahkamah kerana pada pandangan mereka, jika terima akan menjejaskan bantahan tersebut. PANDANGAN ITU ADALAH SALAH.

Pilihan ketiga (c) iaitu saya tidak menerima tawaran itu bermaksud tuanpunya/orang berkepentingan tidak mahu menerima amaun tertulis apabila bayaran dibuat nanti

Tuanpunya/orang berkepentingan apabila menerima Borang H (2 salinan), mesti memulangkan satu salinan Borang H kepada Pentadbir Tanah dan seterusnya MESTI membuat pilihan di atas, terutamanya bagi mereka-mereka yang ingin MEMBUAT BANTAHAN KEMAHKAMAH. Jika pilihan tidak dibuat dan kemudiannya ingin membuat bantahan ke Mahkamah, Mahkamah mungkin akan menolaknya. Ini dibuktikan dalam kes Zainal Abidin bin Yaakub v Pentadbir Tanah Daerah Melaka Tengah [1996] 5 MLJ 577

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saye dh dpt borang H tp kurang pasti tarikh nya di terima ..
      melihat dari tanda tangan pentadbirtanah 24/8/2017 tarikh kini 30/11/17

      Padam
  2. Apa status 25% wang tahanan.

    Adakah ianya terikat pd jumlahh yg ditawarkan bawah dari tiga ribu ringgit.

    Dan jika ia, apakah pendekatan yg seharusnya dilakukan oleh tuantanah mengenai perkara tersebut setelah 13ahun berlalu.

    Adakah ianya boleh dituntut

    Dan mcm mana nak tuntut wang tersebut

    BalasPadam
  3. Borang H ni kena hantar kat pejabat tanah ke.

    BalasPadam