Jumaat, 27 Julai 2012

Pengambilan Tanah di Bawah s3(1)(b) dan (c)

Assalamualaikum. Dari pertanyaan yang sampai kepada saya, masih terdapat rakan-rakan yang berkhidmat di pentadbiran tanah yang belum begitu jelas tentang proses pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) dan (c) Akta Pengambilan Tanah 1960. Perbezaan yang ketara dengan pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) adalah daripada permohonan sehinggalah ke seksyen 4. Bermula dari seksyen 4 hingga selesai ianya adalah sama. Mulai hari ini saya akan menjelaskan proses pengambilan tanah dibawah seksyen 3(1)(b) dan (c) dalam beberapa siri untuk makluman semua pembaca.


SIAPA PEMOHON

Berdasarkan seksyen 3(1)(b) dan (c), pihak yang boleh mengambil tanah/pemohon adalah ‘mana-mana orang atau perbadanan’. Ini termasuklah orang perseorangan, pemaju perumahan, pihak swasta, semua badan/perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, Akta Koperasi, Akta Parlimen, Enakmen Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Perbadanan Kemajuan Negeri-Negeri dan sebagainya. Dengan syarat boleh memiliki tanah mengikut Kanun Tanah Negara. Dengan kata lain semua pihak boleh mengambil tanah di bawah seksyen ini KECUALI pihak yang boleh mengambil tanah di bawah seksyen 3(1)(a) seperti Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri, Agensi-agensi yang di dalam undang-undang tubuhnya boleh mengambil tanah untuk maksud awam DAN TENAGA NASIONAL BERHAD (NEGERI JOHOR SAHAJA)


TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Pemohon mesti menggunakan BORANG 1 (Kaedah 2, Kaedah- Kaedah Pengambilan Tanah
1998

DISERTAKAN:
i.    Kertas cadangan/kertas kerja projek yang akan dibuat di atas tanah yang akan diambil
ii.   pelan tata atur projek yang akan dijalankan dan pelan tanah lot-lot yang akan diambil
iii. lapuran permulaan (anggaran) nilaian tanah yang akan diambil yang disediakan oleh  Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
iv.  membuat bayaran fee dan deposit

3 ulasan:

  1. Salam tuan, dalam kes pengambilan tanah dibawah seksyen ini, adakah pihak tuan tanah berhak mendapat pampasan? sekiranya ya, apakah kaedah penentuan nilaian pampasan tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pihak tuan tanah berjak mendapat pampasan. Biasanya tawaran haega diberi oleh pihak pemohon tetapi sekiranya tuan tanah tidak bersetuju isu ini boleh diselesaikan di mahkamah

      Padam
  2. apa perbezaan seksyen3 (a) dan seksyen 3(b) di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

    BalasPadam