Hari semalam tidak dapat mengemaskini blog kerana sepanjang hari berceramah di Trolak untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Sering timbul persoalan: Perlukah diwarta semula jika keluasan pengambilan bertambah selepas ukur semula baki lot apabila selesai proses pengambilan tanah
Berdasarkan seksyen 14(4) Akta Pengambilan Tanah, jika award yang dibuat oleh Pentadbir Tanah melebihi 1/4 ha atau 1% (yang mana lebih luas) dari keluasan tanah terjadual, maka lebihan tersebut hendaklah diwartakan semula dibawah seksyen 8.
Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan award/perintah yang akan dibuat
Persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan seksyen 28. Mengikut seksyen ini, jika wujud perbezaan antara keluasan tanah diambil dengan keluasan tanah dijadualkan, perbezaan itu hendaklah dinilai/bayar mengikut kadar yng sama seperti Borang G terdahulu. Lanjutan daripada itu, mengikut seksyen 32(2), bayaran tersebut hendaklah ditambah dengan caj bayaran lewat 8% setahun mulai dari tarikh tanah tersebut diambil milik.
Oleh yang demikian, saya berpendapat perbezaan tersebut tidak perlu diwartakan semula dibawah seksyen 8
Tiada ulasan:
Catat Ulasan