Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari Khamis 12 Julai dan Jumaat 13 Julai tidak dapat kemaskini blog kerana dijemput oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berceramah pada Kursus Asas Tanah di Wisma Tun Sambanthan Kuala Lumpur. Dalam tempoh satu hari setengah berceramah, sambutan dari peserta amat menggalakkan (banyak soalan yang dikemukakan) sehingga setiap satu tajuk tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan. Satu lagi pengalaman baru adalah pada tarikh-tarikh tersebut saya berulang-alik dari Tanjung Malim ke KL menggunakan ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (puashati kerana perjalanan yang cepat dan menepati masa)
Soalan daripada En. Hasnan JKPTG Negeri Sembilan

Keluasan pengambilan yang diwarta seksyen 8 1.3 ha
Perintah dan bayar pampasan 0.5 ha (pengambilan sebenar)
Keluasan pengambilan dalam Borang K 1.3 ha
(Borang K telah dikeluar, diserah dan diendorkan)
Bolehkah penarikan balik dari pengambilan dibuat?
Pandangan/Jawapan
Tidak boleh. Ini berdasarkan seksyen 35(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menyatakan “Pihak Berkuasa Negeri adalah bebas untuk menarik balik daripada pengambilan mana-mana tanah yang masih belum diambil milik”
Ini bertepatan dengan perenggan 24.1 Manual pengambilan Tanah yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan