Sekiranya tuantanah ingin membuat bantahan, namun telah melebihi tempoh 6 minggu, apakah yang patut tuan tanah lakukan bagi membolehkan mereka membuat bantahan?
Jawapan/Pandangan
Mengikut seksyen 38(4) Akta Pengambilan Tanah 1960, 'Tempoh enam minggu yang ditetapkan dalam perenggan (a) subseksyen (3) dan tempoh enam minggu dan enam bulan yang ditetapkan dalam perenggan (b) subseksyen (3) tidak boleh dilanjutkan masanya oleh mana-mana Mahkamah , kecuali dalam sesuatu yang khas sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah'
Berdasarkan seksyen di atas TUAN TANAH BOLEH MERAYU KEPADA MAHKAMAH TINGGI untuk melanjutkan tempoh tersebut terlebih dahulu dengan menggunakan khidmat peguam dan ini tidak membabitkan Pentadbir Tanah. Apabila Mahkamah memberi keputusan yang membenarkan perlanjutan masa tersebut barulah tuan tanah datang semula ke Pejabat Tanah dan seterusnya menyerahkan Borang N tetapi jika Mahkamah memberi keputusan tidak membenarkan pelanjutan, maka tuanpunya tanah TIDAK BERHAK UNTUK MEMBUAT BANTAHAN KEMAHKAMAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan