Masalah Pejabat Tanah Batu Pahat
Apakah tindakan yang perlu dibuat berdasarkan kronologi dibawah:
KRONOLOGI
Pengambilan Melalui Perakuan Kedesakan (BORANG I)
25.11.2009 - Permohonan pengambilan diterima
29.01.2010 - Lapuran tanah
03.07.2010 - Perakuan di hantar ke PTG (Borang C & D)
27.05.2010 - Terima warta Bil. 3522 bertarikh 13.05.2010
27.05.2010 - Kemukakan Borang I kepada PTG
09.06.2010 - Terima lapuran JPPH
30.06.2010 - Terima Borang I yang telah ditandatangani
20.07.2010 - Siasatan (Pentadbir Tanah lama) perintah belum dibuat
2011 - Tunggu Perintah (Pentadbir Tanah yang baru)
Pandangan/Jawapan
Berdasarkan kronologi yang diberikan sepatutnya setelah Borang I diterima dari Pengarah Negeri, PENTADBIR TANAH MESTI MENGELUAR DAN MENYERAHKAN BORANG K (AMBIL MILIK) KEPADA ORANG YANG BERKEPENTINGAN, tetapi tidak berbuat demikian. Olih itu caj bayaran lewat 8% tidak dapat dibuat mulai DARI TARIKH SEPATUTNYA (Tarikh serah Borang K).
Untuk mengatasi masalah ini, Pentadbir Tanah sekarang perlu mengadakan siasatan semula kerana butir siasatan yang terdahulu tidak dapat diputuskan oleh Pentadbir Tanah sekarang (tanpa menyerahkan Borang E yang baru), tambahan pula tempoh 2 tahun dari tarikh warta masih berkuatkuasa (Ini dibolehkan berdasarkan seksyen 35 Kanun Tanah Negara).
Dalam siasatan nanti jika tuan tanah mempertikaikan penyerahan Borang K tidak dibuat menurut seksyen 19 dan 22 dan juga tidak dibuat pengiraan caj bayaran lewat, Pentadbir Tanah bolehlah depositkan wang pampasan ke Mahkamah supaya proses pengambilan dapat diselesaikan dengan segera. Biarlah Mahkamah yang akan tentukan kemudiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan