Isnin, 24 Oktober 2011

Soalan dan Jawapan

      i.    Siasatan, perintah telah dibuat dalam tahun 2004, Borang H telah dikeluar dan diserahkan kepada semua orang berkepentingan termasuk pemohon. Hingga kini 2011, bayaran pampasan belum dibuat oleh pemohon. Persoalannya adakah perlu tanah-tanah tersebut diwarta semula di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960?
     
Jawapan/Pandangan:
      Pada pandangan saya, jika perintah (Borang G) dibuat dalam tempoh dua tahun seperti yang dinyatakan didalam seksyen 8(4) Akta Pengambilan Tanah 1960, Perintah dan Borang H yang dikeluarkan masih sah. Walau bagaimana, pemohon mesti membayar pampasan yang belum dibayar itu BESERTA caj bayaran lewat 8% dikira dari tarikh tamat tempoh tiga bulan dari tarikh penyerahan Borang H hingga ke tarikh bayaran pampasan yang akan dibuat nanti. Ini bertepatan dengan seksyen 32(1) dan (1C) Akta Pengambilan Tanah 1960.

      Selain daripada itu jika dipersetujuai oleh PEMOHON, pengambilan tersebut di tarik balik melalui seksyen 35 dan diwartakan semula dalam warta seksyen 8 yang baru, kerana tempoh tidak bayar pampasan terlalu lama (sedangkan mengikut seksyen 32(1), masa yang diberikan hanyalah tidak lebih 3 bulan) yang menyebabkan kerugian kepada  tuanpunya tanah disebabkan faktor nilai tanah yang berbeza dari tahun 2004 berbanding dengan tahun 2011
      
      ii.   Siasatan, perintah telah dibuat, Borang H telah dikeluar dan diserahkan kepada orang berkepentingan dan juga pemohon dalam bulan April 2011. Bayaran belum dibuat, tetapi kontraktor telah memasuki tanah dan menjalankan kerja. Apa tindakan yang perlu dibuat?
     
Jawapan/Pandangan:
      Tanah tersebut masih kepunyaan tuanpunya tanah dan kerja-kerja yang dijalankan adalah tidak mengikut undang-undang sehinggalah ambil milik (taking possession) dan milikan rasmi (Formal possession) dibuat. Ambil milik bermaksud pengeluaran borang K dibawah seksyen 18 milikan rasmi bermaksud penyerahan Borang K penduduk, tuan punya tanah dan pihak berkuasa pendaftaran (Unit pendaftaran Pejabat Tanah/PTG) mengikut seksyen 22. Oleh yang demikian untuk mengesahkan kerja-kerja yang dijalankan, Pentadbir Tanah dinasihatkan mengeluar dan menyerahkan Borang K kepada semua orang yang berkentingan walaupun bayaran pampasan belum dibuat. Ini dibolehkan oleh   seksyen 18(a) Akta Pengambilan Tanah 1960. Mengikut seksyen tersebut apabila award/perintah telah dibuat dibawah seksyen 14, Pentadbir Tanah boleh mengeluar dan menyerahkan Borang K pada waktu Borang H diserahkan atau pada bila-bila masa selepas itu.
Oleh yang demikian, apabila notis Borang K dikeluar dan diserahkan, maka bermula dari tarikh penyerahan Borang K, caj bayaran lewat akan mula berkuatkuasa bersesuaian dengan seksyen 32(1), 32(1C)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan