Soalan daripada Pejabat Tanah Jasin
Semasa diwartakan mengikut seksyen 8, hanya sebahagian lot sahaja yang terlibat dengan pengambilan, tetapi apabila Borang K yang dikeluarkan melibatkan keseluruhan lot. Adakah perlu dibuat tambahan warta sebahagian kawasan yang belum diwartakan sebelum ini?
Pandangan/Jawapan:
Mengikut seksyen 35(1) Akta Pengambilan Tanah, penarikan daripada pengambilan tidak boleh dibuat setelah Borang K dikeluarkan (ambil milik) kerana setelah Borang K dikeluar, diserah dan diendorkan, tanah tersebut telah menjadi TANAH KERAJAAN. Oleh yang demikian, kawasan yang terlebih ambil tidak perlu diwarta semula (dah jadi tanah kerajaan) TETAPI mesti dibayar pampasan mengikut nilaian tanah semasa perintah dahulu dan ditambah dengan caj bayaran lewat 8% dikira mulai penyerahan Borang K sehingga pampasan dibayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan