Salah satu tugas yang diamanahkan kepada saya adalah mengumpul berita-berita mengenai isu perundangan tanah yang tersiar di dalam akhbar tempatan untuk dijadikan contoh/latihamal/perbincangan dalam ceramah kursus tanah yang di jalankan di Institut Tanah dan Ukur Negara . Hari ini 6 hb. Oktober 2011, dihalaman 27 ruangan dalam negeri akhbar Utusan Malaysia ada satu berita bertajuk ' KERAJAAN KEDAH DIBERI TEMPOH 14 HARI ISU PAMPASAN TANAH'
Sebenarnya isu ini telahpun ada di dalam pengetahuan saya kerana saya dan beberapa pegawai yang lain pernah menghadiri suatu siasatan pengambilan tanah yang dijalankan di Pejabat Tanah Kota Setar dalam bulan Ramadhan yang lalu dan ianya juga menjadi tajuk perbincangan kita dengan peserta-peserta kursus pengambilan tanah.
Pada pendapat saya tindakan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Kota Setar adalah betul mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 terutamannya 'JADUAL PERTAMA AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960' dan menyatakan 'tuntutan pampasan perlu dibuat kepada pemaju atau merujuk kepada Mahkamah Tinggi' seperti yang dilapurkan diperenggan 8 akhbar tersebut dan SETERUSNYA MENYANGKAL TUDUHAN PEGUMA MEREKA En.Tan Keng Liang yang menyatakan bahawa isu pampasan bercanggah dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 seperti di perenggan pertama akhbar (Cuba nyatakan seksyen mana yang tidak dipatuhi).
Pendapat saya adalah berdasarkan perkara berikut:
Mengikut kenyataan akhbar tersebut, pengambilan adalah melibatkan tanah dimana terdapat bangunan Plaza Tungku Yaacob yang terbengkalai sejak 25 tahun yang lalu. (Jika kita lihat dengan mata sendiri struktur yang ada hanyalah 'rangka bangunan' dan batu bata untuk dinding {bukan semua} sahaja yang dapat disiapkan). Sebenarnya selain daripada tanah tersebut terdapat beberapa lot berhampiran terlibat sama dengan pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui seksyen 3(1)(b) dan (c) Akta Pengambilan Tanah untuk tujuan 'pembangunan semula' kawasan tersebut. Tindakan kerajaan negeri Kedah ini sepatutnya diberi pujian dan disokong oleh semua pihak kerana bangunan telah terbiar begitu lama (tidak diambil tindakan oleh tuan tanah/pemaju/pihak berwajib) dan bila pembangunan semula dijalankan akan 'sedap mata memandang' dan memberi keuntungan kepada semua pihak.
Pada masa siasatan pengambilan yang dijalankan dalam bulan Ramadhan yang lalu, Peguam yang mewakili pembeli 'petak/kedai/rumah' dalam 'plaza' tersebut meminta Pentadbir Tanah membayar gantirugi 'petak' yang dibeli daripada pemaju secara pinjaman bank atau secara tunai. Gantirugi yang diminta adalah mengikut harga pasaran jika 'petak/kedai' itu dibeli pada masa sekarang iaitu kira-kira RM200,000.00 hingga RM300,000.00 seunit. Pada pendapat saya IANYA TIDAK MUNASABAH LANGSUNG kerana:
i. wang pembelian sama ada secara tunai atau pinjaman bank telah dibayar oleh pembeli kepada pemaju/tuan tanah mengikut perjanjian jual beli yang dibuat. Oleh kerana bangunan tidak siap (bukan salah Kerajaan Negeri) sepatutnya tuntutan gantirugi hendaklah dibuat kepada pemaju/tuan tanah yang juga akan dibayar pampasan kerana kesalahan tidak menyiapkannya dan BUKANNYA BAYARAN DAN KESALAHAN DIMINTA DAN DILETAKKAN KEPADA PENTADBIR TANAH ATAU KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH.
ii. bangunan yang ada hanyalah 'rangka' yang tidak siap 100%. Bagaimana boleh melayan pembeli yang berkehendakkan 'petak' tersebut dinilai mengikut nilaian pasaran semasa seperti bangunan siap 100%? ADALAH TIDAK MASUK AKAL!
Olih yang demikian tindakan pembeli untuk membawa kes ke Mahkamah amat dialu-alukan sepertimana dinyatakan oleh Pentadbir Tanah Kota Setar kerana itulah tempat sepatutnya TETAPI janganlah mengambil kesempatan untuk menyalahkan KERAJAAN NEGERI KEDAH YANG AMAT PERIHATIN DAN PENTADBIR TANAH YANG MENJALANKAN TUGAS MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan