Selasa, 26 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Dilupakan

Pengambilan Segera/Pengambilan Melalui Borang I

Pemohon yang memohon untuk pengambilan tanah boleh memilih sama ada mengambil tanah secara biasa atau pengambilan segera melalui pengeluaran Borang I (Perakuan Kedesakan). 

Berdasarkan seksyen 19 Akta Pengambilan Tanah 1960, Pentadbir Tanah boleh mengeluar/menyerahkan Borang K (Ambil Milik) kepada penduduk tanah, tuan punya tanah pada atau selepas tamat tempoh 15 hari dari tarikh notis awam Borang E DITAMPAL mengikut seksyen 52 dan bukannya 15 hari selepas Borang E DISERAH mengikut seksyen 53 (Ini yang difahami oleh sesetengan pihak). Ini bermakna apabila Borang K dikeluar/diserahkan pada ketika itu, pemohon boleh memasuki tanah dan tuan tanah mesti keluar dari tanah tersebut, walaupun siasatan, perintah dan bayaran pampasan belum disempurnakan.

Syarat/Kesan Pengambilan Melalui Borang I

1.   Mesti mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
2.   Borang I ditandatangani oleh Pengarah Negeri (Pengarah Tanah dan Galian)
3. Pengambilan tanah adalah untuk maksud awam dibawah seksyen 3(1)(1) dan kemudahan awam (jalan, landasan, paip gas, air, bekalan elektrik) dibawah seksyen 3(1)(b) sahaja.
4.   Jika di atas tanah ada bangunan, bangunan tidak boleh diganggu, dalam tempoh tertentu. Kerja-kerja hanya melibatkan kawasan yang tiada bangunan.
5.   PEMOHON akan dikenakan caj bayaran lewat 8% dikira mulai dari tarikh serah Borang K.

Isnin, 25 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Di Lupakan

Tempoh Bantahan Ke Mahkamah

Berdasarkan seksyen 38(1) Akta Pengambilan Tanah 1960, bantahan ke Mahkamah hendaklah dibuat dengan cara permohonan bertulis dalam Borang N kepada Pentadbir Tanah. Apa yang difahami/amalan sekarang ini adalah berdasarkan ayat ini:

'Borang N hendaklah diserah kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 42 hari dari tarikh terima Borang H'

Ayat di atas bermaksud, tempoh untuk membuat bantahan ke Mahkamah adalah dalam tempoh 42 hari dari tarikh orang berkepentingan/tuan tanah menerima Borang H.

Ayat di atas dan pemahamannya adalah salah

Ini berdasarkan kepada seksyen 38(3)(a) ' Sekiranya orang yang membuat permohonan (bantah) itu hadir atau diwakili dihadapan Pentadbir Tanah semasa Pentadbir Tanah membuat awardnya (perintah), dalam masa enam minggu dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award di bawah sekayen 14'

Untuk memperjelaskan maslah tersebut cuba perhatikan kes di bawah:

Katakan Pentadbir Tanah mengadakan siasatan pengambilan pada 25/6/2012 dan semua orang berkepentingan hadir ketika itu, semua keterangan siasatan dicatatkan di dalam nota siasatan. Setelah tamat siasatan, pada  hari yang sama Pentadbir Tanah membuat perintah didalam nota siasatan dan didengari oleh orang berkepentingan. Oleh kerana kesuntukan masa (disebabkan terdapat lot-lot lain yang belum dijalankan siasatan), maka perintah Borang G belum lagi dibuat dan Pentadbir Tanah  membuat perintah Borang G pada 1/7/2012. Untuk mengelak daripada kekeliruan, Pentadbir Tanah bolehlah meletakkan tarikh Borang G dan Borang H pada 25/6/2012 iaitu tarikh perintah. Apabila orang bekepentingan ingin membuat bantahan, tarikh 6 minggu dikira dari tarikh 25/6/2012. Sebaliknya jika Pentadbir Tanah meletakkan tarikh Borang G dan H pada 1/7/2012, maka 6 minggu dikira dari tarikh 1/7/2012 BUKAN TARIKH SERAH BORANG H

Jumaat, 22 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Dilupakan

Tarikh Siasatan Pengambilan Tanah

Pada pandangan saya, Pentadbir Tanah boleh menentukan tarikh siasatan pengambilan sebulan dari tarikh Pentadbir Tanah menandatangani notis Borang E. Ini kerana berdasarkan seksyen 10(2) Akta Pengambilan Tanah, siasatan hendaklah diadakan pada suatu tarikh yang tidak kurang 21 hari dari tarikh notis Borang E ditampal mengikut seksyen 10(1). Oleh yang demikian, selepas menandatangani Borang E, Pentadbir Tanah mesti mengingatkan Penghantar Notis supaya tarikh notis tersebut ditampal dengan tarikh siasatan mesti melebihi 21 hari, jika kurang siasatan yang akan diadakan adalah tidak sah.

Kesimpulannya salinan notis Borang E mesti ditampal terlebih dahulu dan kemudiannya barulah diserahkan kepada semua orang yang berkepentingan. Apa yang sering berlaku sekarang, Penghantar Notis menyerah/menghantar salinan Borang E kepada orang berkepentingan terlebih dahulu kemudian baru ditampal

Khamis, 21 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Dilupakan

Seksyen 11(1)(a)

Seksyen 11(1) Akta Pengambilan Tanah menghendaki, sebagai tambahan kepada notis awam Borang E, Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyampaikan salinan-salinan notis Borang E melalui cara yang ditetapkan mengikut seksyen 53 kepada:

(a) penduduk (occupier) tanah itu;
(b) tuanpunya tanah berdaftar, jika bukan penduduk;
(c) mana-mana orang yang ada kepentingan berdaftar;
(d) mana-mana orang yang dipercayaai ada kepentingan pada tanah.


APA YANG BERLAKU KINI SALINAN NOTIS BORANG E DIUTAMAKAN KEPADA TUAN PUNYA BERDAFTAR, ORANG YANG ADA KEPENTINGAN BERDAFTAR DAN ORANG YANG DIPERCAYAAI ADA KEPENTINGAN DENGAN MENINGGALKAN PENDUDUK TANAH ITU. ALASAN YANG SERING SAYA PEROLEHI ADALAH NAMA PENDUDUK TIADA DI DALAM DOKUMEN HAKMILIK DAN APA YANG SERING TERJADI ADALAH SEMUA PIHAK MENDAPAT BAYARAN PAMPASAN, SEDANGKAN PAMPASAN UNTUK PENDUDUK TANAH TERTINGGAL

Alasan di atas tidak dapat diterima kerana, siapa dan nama penduduk diperolehi semasa Penolong Pegawai Tanah membuat lapuran dan penandaan. ITULAH RASIONALNYA SEKSYEN 9(1)(a) Akta Pengambilan Tanah mesti (shall) dilaksanakan.

Kesimpulannya penduduk tanah (jika ada) adalah pihak yang mesti didahulukan apabila notis Borang E disempurnakan.

Rabu, 20 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Dilupakan

Notis Borang E

Mengikut seksyen 10(1), selepas tindakan seksyen 9 dibuat seperti yang dinyatakan sebelum ini, Pentadbir Tanah hendaklah memberi notis awam Borang E mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 52, bermaksud Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan notis Borang E dan salinan notis itu hendaklah ditampal di tiga tempat iaitu diPejabat Tanah, papan kenyataan awam dalam mukim atau bandar dimana tanah tersebut terletak dan dimana-mana tempat lain di atas atau berhampiran dengan tanah terlibat dan barulah selepas itu diserahkan kepada semua pihak yang disebutkan di seksyen 11(1)(a)(b)(c)(d)

APA YANG BERLAKU SEKARANG, TINDAKAN MENGIKUT SEKSYEN 11(1)(a)(b)(c)(d) DIDAHULUKAN, SEDANGKAN AKTA MENGHENDAKI SEKSYEN 10(1) DIDAHULUKAN. TINDAKAN INI ADALAH BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK AKTA

Selasa, 19 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Dilupakan

Hari ini dari pagi hingga petang saya berceramah di Institut Penilaian Negara (INSPEN). Dengan sebab itu kemaskini hanya dapat dibuat pada sebelah malam.

Tindakan Selepas Warta Seksyen 8

Apabila salinan warta seksyen 8 diterima oleh Pentadbir Tanah dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, kebiasaannya/amalan, Pentadbir Tanah meminta supaya Pembantu Tadbir menyediakan Notis Borang E (Notis Siasatan). Tindakan ini adalah tidak betul.

Berdasarkan seksyen 9(1)(a) dan (b), Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyebabkan supaya kawasan-kawasan yang terlibat dengan pengambilan ditandakan atas tanah itu............. dan Pentadbir Tanah atau pihak berkuasa pendaftaran membuat catatan/endorsan/wasilan pada dokumen hakmilik daftar atau dalam Daftar Pegangan

Seksyen 10(1) pula menyatakan:

'Pentadbir Tanah hendaklah (shall) setelah menyempurnakan tindakan yang dikehendaki oleh seksyen 9, memulakan prosiding untuk pengambilan dengan memberi notis awam Borang E mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 52, dan..........................................................................'

Kesimpulannya Pentadbir Tanah mesti (shall) membuat penandaan atas tanah (bermaksud tugas ini dilaksanakan oleh Pen. Peg. Tanah atas arahan Pentadbir Tanah) dan membuat catatan/endorsan terlebih dahulu (pastikan unit Pendaftaran Pejabat Tanah  melaksanakan) setelah warta seksyen 8

Isnin, 18 Jun 2012

Ulasan Berita Terkini

Harian Metro hari ini Isnin 18 Jun 2012, muka surat 10, memaparkan berita bergambar bertajuk ' TPM buat Kejutan' -  Muhyiddin lulus peruntukan RM3 juta bangun semula tapak pasar minggu tertua.

Pasar Minggu yang dipaparkan adalah pasar minggu yang telah saya paparkan didalam blog saya bertarikh 27/5/2012 yang lalu, dimana sejak kecil lagi saya mengunjungi pasar tersebut (ikut ibu beli kain untuk buat baju raya atau barang keperluan lain) dan mejoriti peniaganya adalah orang baru. Berdasarkan gambar dalam akhbar tersebut, digerai tersebutlah (sekarang dikendalikan oleh seorang guru jika tak silap saya. Dulunya dikendalikan oleh bapa beliau) tempat saya minum teh tarik apabila saya pulang ke kampung (Batu 10, Trong). Di gerai tersebut juga terkenal (dari dulu lagi) dengan pulut udang (pulut panggang)

Pada pandangan saya, Pasar Minggu tersebut sepatutnya telah lama dibangunkan semula (bukan hanya sudah lama) tetapi yang lebih penting kawasan tersebut sudah tidak selamat kerana terletak ditepi jalan utama ke LUMUT. Tambahan pula sekarang ini bahagian gerai  didalam gambar tersebut terletak hanya lebih kurang 2 meter dari kawasan tar jalan dan bahagian hujung jajaran gerai itu berhampiran dengan lampu isyarat yang boleh dikatakan baru di bina (akibat projek membaiki semula jalanraya Changkat Jering - Simpang)

SEMOGA PASAR MINGGU TERSEBUT DAPAT DIBANGUNKAN
DENGAN KADAR SEGERA!!

Tindakan Yang Sering Dilupakan

Terdapat beberapa tindakan yang sering dilupakan/ditinggalkan/tidak dititikberatkan/tafsiran yang salah apabila melaksanakan proses pengambilan tanah walaupun tindakan tersebut adalah tindakan yang mesti (shall) dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang (Akta Pengambilan Tanah 1960). Ini dapat disenaraikan berdasarkan pertanyaan yang diajukan kepada saya apabila saya berceramah di INSTUN dan juga berceramah dimana-mana sahaja. Perkara tersebut mungkin juga akan menjadi isu apabila saya berceramah untuk kakitangan pentadbiran tanah Negeri Melaka yang berkemungkinan akan dilaksanakan di Pulau Pangkor pada hujung bulan ini.

Tindakan selepas pewartaan seksyen 4

Berdasarkan seksyen 4(2) Akta Pengambilan Tanah 1960:

'Pentadbir Tanah hendaklah memberi notis umum mengenai suatu pemberitahuan yang disiarkan dibawah subseksyen (1) mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 52'

Seksyen di atas mewajibkan Pentadbir Tanah mengambil tindakan mengikut seksyen 52 iaitu menampal salinan warta seksyen 4 dipapan kenyataan Pejabat Tanah, papan kenyataan awam  dalam mukim atau bandar dimana tanah terletak dan dimana-mana tempat di atas tanah atau kawasan berhampiran dengan tanah yang terlibat. Tujuannya adalah supaya tuanpunya tanah mengetahui bahawa tanah mereka mungkin terlibat .

Perkara ini baru sahaja terjadi apabila salah seorang tuan tanah dalam projek PETRONAS RAPID di Penggerang bertanyakan kepada saya bagaimana tuan tanah di Penggerang mengetahui tanah mereka AKAN DTERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN (seksyen 4 APT). Apabila saya memberi jawapan mengikut peruntukan undang-undang, tuan tanah menyatakan tindakan tidak dibuat oleh Pejabat Tanah (pada ketika itu, saya mendapat tahu warta seksyen 4 telahpun ada)


Khamis, 14 Jun 2012

Soal Jawab Akta Pengambilan Tanah

Dua hari tidak dapat kemaskini blog kerana hari Isnin mengajar di INSTUN (satu hari suntuk) sementara pada hari Selasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kecil Teknikal Cadangan Pindaan Akta Pengambilan Tanah 1960 Bil. 1 di Jabatan ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya.




 Ceramah Kat INSTUN  Kursus Pen.Peg.Tanah DiAmbil Oleh Peserta


Untuk hari ini saya paparkan persoalan mengenai  pengambilan tanah dan pandangan yang diberikan:

Soalan daripada NOR HASLINDA BINTI ABD RAZAK  Unit Pemantauan Projek Pembangunan Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Saya salah seorang peserta Bengkel Pengambilan Tanah di INSTUN, Perak yang lalu. Saya ingin mendapatkan kepastian dan pendapat tuan mengenai satu perbicaraan tanah yang telah saya hadiri. Pada hari perbicaraan Pentadbir Tanah telah menurunkan perintah RM46/meter persegi. Bagaimanapun, Borang H telah dikeluarkan dengan harga RM60/meter persegi. Saya ingin mendapatkan kepastian dan pendapat tuan mengenai perkara ini dan apakah tindakan lanjut yang boleh/perlu saya ambil?  
Pandangan/Jawapan:
Mungkin RM46.00 smp hanyalah perintah lisan (yang didengari pada hari sisatan). Perintah ini tidak boleh diambil kira.

RM60.00 seperti dalam Borang H adalah perintah sebenar (yang diambil kira) kerana Borang H adalah petikan Borang G dan BORANG G ADALAH PERINTAH SEBENAR MENGIKUT SEKSYEN 14(1) AKTA.

SELANJUTNYA, PADA PANDANGAN SAYA, PENTADBIR TANAH TIDAK BOLEH BUAT BEGITU. PERINTAH LISAN (DALAM NOTA SIASATAN), BORANG G DAN BORANG H AMAUNNYA MESTILAH SAMA.

Isnin, 11 Jun 2012

Cadangan Pindaan Akta Pengambilan Tanah

Untuk makluman semua, kali terakhir pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah dibuat  dalam tahun 2000 yang berkaitan dengan Jadual Kedua (Fee). Ini dilakukan apabila terdapat rayuan daripada Tenaga Nasional Berhad {yang banyak membuat permohonan pengambilan dibawah seksyen 3(1)(b)}, Petronas dan GLC yang lain

Setelah lebihkurang 13 tahun mengajar Akta Pengambilan Tanah di INSTUN, saya berpandangan terdapat beberapa seksyen/perkara yang perlu dipinda kerana timbul beberapa masalah dan ada juga yang dianggap telah ketinggalan zaman.

Cadangan Pertama:

Memberi tafsiran perkataan 'maksud awam'

Jika kita perhatikan dibawah seksyen 2 TIADA tafsiran diberikan kepada perkataan 'maksud awam' sepertimana yang terdapat dibawah seksyen 3(1)(a)

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan -

(a) bagi apa-apa maksud awam;

(b) ...............................................

(c) ................................................

yang ada hanya perkataan 'kemudahan awam' (public utility) sahaja.

Oleh yang demikian timbul persoalan siapa yang boleh memohon pengambilan tanah melalui seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Untuk memperjelaskan hal tersebut, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)  melalui Buku Manual Pengambilan Tanah menyatakan 'istilah "maksud awam" ialah apa-apa kepentingan untuk faedah awam atau sebahagian awam tetapi bukan untuk faedah individu. Dalam hal ini pengambilan tanah untuk sekolah, hospital, mahkamah dan jalan adalah dianggap sebagai 'maksud awam'

Jabatan Peguam Negera pula berpandangan, 'badan-badan berkanun yang mempunyai kuasa  untuk mengambil tanah secara paksa dibawah undang-undang penubuhannya boleh mengambil tanah dibawah perenggan 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi suatu tujuan yang dengannya badan berkanun itu ditubuhkan'.

Lanjutan daripada itu JKPTG melalui Buku Manual pengambilan Tanah telah menyenaraikan agensi yang berkaitan dalam  Lampiran 1 kepada Menual tersebut.

Dalam tahun 2011 EXCO Negeri Johor, atas rayuan daripada Tenaga Nasional Berhad telah memutuskan semua permohonan daripada TNB, sama ada untuk membina pencawang letrik, talian voltan tinggi dibenarkan dibuat dibawah seksyen 3(1)(a) Akta pengambilan Tanah 1960. Selepas itu Negeri Sembilan pula membenarkan perkara yang sama untuk TNB, diikuti oleh Pulau Pinang (hanya untuk talian voltan tinggi sahaja). Akhir sekali Negeri Perak juga mengambil langkah yang sama seperti Pulau Pinang.

Olih kerana faktor di atas, pada pandangan saya perkataan 'maksud awam' tersebut perlu diberi tafsiran di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960. Saya juga berpandangan tafsiran perkataan 'maksud awam' tersebut boleh diambil dari seksyen 2 Land Acquisition Ordinance (sabah Cap 69) seperti di bawah:


“public purpose” means any, or any combination, of the following purposes :
 
  (a)    for exclusive use of the Government or of the Federal Government  or for general public use;

 (b)    for or in connection with the planning, establishment, extension, improvement or development of any town or township any purpose reasonably necessary or desirable in regard thereto, including the provision of open spaces and amenities and the setting apart of suitable sites for factories industries and trade;
 
  (c)    for or in connection with the provision of residential accommodation for any section or class of the community including the officers, servants or employees of the Government or the Federal
Government, and the families and employees thereof;
 
  (d)   for obtaining control over land contiguous to, or required for or in connection with, any port,   airport,  railway, road or other public works of convenience;
 
  (e)  for or in connection with any public utility undertaking or the provision of any public service, undertaken or provided, or about to be undertaken or provided, by the Government, the Federal Government, a local authority or any corporation incorporated directly by written law;
            
 (f)   for or in connection with any scheme relating to the settlement or re-settlement of any community, or of any section or class of the public, rural or urban;
             
(g)  for or in connection with the provision of land for the cultivation of padi, or for agricultural research or experimental purposes;
             
(h)     for or in connection with the conservation, improvement or exploitation of natural resources.

Jumaat, 8 Jun 2012

Soal Jawab Pengambilan Tanah

Sebelum mengakhiri minggu ini, dipaparkan soalan yang diterima dan pandangan yang diberi untuk makluman bersama

Soalan daripada Pejabat Tanah Jasin
      Semasa diwartakan mengikut seksyen 8, hanya sebahagian lot sahaja yang terlibat dengan pengambilan, tetapi Borang K yang dikeluar melibatkan keseluruhan lot. Adakah perlu dibuat tambahan warta sebahagian kawasan yang belum diwartakan?

Pandangan/Jawapan:
Mengikut seksyen 35(1) Akta Pengambilan Tanah, penarikan daripada pengambilan tidak boleh dibuat setelah Borang K dikeluarkan (ambil milik) kerana setelah Borang K dikeluar, diserah dan diendorkan, tanah tersebut telah menjadi TANAH KERAJAAN. Oleh yang demikian, kawasan yang terlebih ambil tidak perlu diwarta semula (dah jadi tanah kerajaan) TETAPI mesti dibayar pampasan mengikut nilaian tanah semasa perintah dahulu dan ditambah dengan caj bayaran lewat 8% dikira mulai penyerahan Borang K sehingga pampasan dibayar.

Khamis, 7 Jun 2012

Isu Yang Ada Kaitan Dengan Kes Semalam

Salam En Baha, saya Norfaizzah dari Pejabat Tanah Batu Pahat.Saya ada persoalan yang ingin diajukan dan mohon pandangan serta pendapat En. Baha

Kronologi PBT

1.      PBT kali pertama didaftarkan pada 17.4.1965 untuk bangunan sekolah (telah  diendorsekan)

2.     Permohonan PBT kali kedua (2) daripada agensi untuk memohon tanah yg selebihnya pada 2.11.1973

3.     Warta Kerajaan bertarikh 25.4.1974 (PBT kali Kedua)

4.     Borang H pada 25.9.1974

5.     Borang K untuk luas 0E 3R 31.6P dikeluarkan pada 28.9.1974 (tidak diendorsekan)

6.     Bayaran PBT kali kedua diterima oleh tuan tanah.

7.     Bayaran notis 5A dibuat pada 13.4.1976


Rampasan dan Perintah Pusaka

1.     Notis Tuntutan hasil Terhutang (Borang 6A) dikeluarkan pada 16.9.2008

2.     perintah pusaka (borang E) kepada penama baru pada 6.10.2009

3.     bayaran cukai dah hasil tertunggak (borang 6A) pada 8.12.2009

4.     cukai semasa turut dijelaskan sehingga kini


Persoalannya:

1.     bolehkan pentadbiran ini membuat endorsan PBT kali kedua (yang tertinggal) dan memulangkan semua bayaran yang telah dikeluarkan oleh penama.

2.     sekiranya tidak boleh, apakah yang pentadbiran ini perlu lakukan bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Pandangan:

Pada pandangan saya, endorsan boleh dibuat sekarang ini (siapa Pentadbir Tanah yang berani untuk endors?) kerana jika tuan bawa ke Mahkamah kesalahan akan diletakkan kepada Pentadbir Tanah (kecuaian). Menurut seksyen 23 dan 66, jika endorsan tidak dibuat, tanah tersebut masih kepunyaan tuan tanah (HASIL DAN TUNGGAKAN HASIL TELAH DIJELASKAN) dan HAKMILIK TIDAK BOLEH DIKELUAR DAN DIDAFTARKAN KEPADA PEMOHON (AGENSI - PENGAMBILAN KEDUA) WALAUPUN BAYARAN DALAM NOTIS BORANG 5A TELAH DIJELASKAN)

Adalah lebih baik pihak tuan memanggil tuan tanah, agensi pengambilan KEDUA berbincang dan mencari kata sepakat. Jika dipersetujuan oleh tuan tanah untuk menerima kembali bayaran dan tidak akan membantah ke Mahkamah, bolehlah diteruskan.

Rabu, 6 Jun 2012

Isu Pengambilan Tanah Popular Minggu Ini

Hari ini mula memasuki pejabat setelah sekian lama berceramah di JB dan Alor Setar.

Apabila selesai ceramah di kedua-dua tempat tersebut, terdapat satu persoalan pertanyaan dari beberapa orang peserta yang sama dengan satu isu yang dibangkitkan oleh PUU PTG Melaka dan satu email dari Pejabat Tanah Batu Pahat . Ini bermakna isu tersebut berlaku dan mungkin berlaku di seluruh negara.

Isu tersebut ialah:

"Pengambilan tanah berlaku disekitar tahun 1970, Borang K telah dikeluarkan tetapi tidak di endors/catat/wasil. Soalannya bolehkah Pentadbir Tanah sekarang membuat endorsan/catatan/wasilan"

Pandangan saya:

Berdasarkan seksyen 18 Akta Pengambilan Tanah, Pentadbir Tanah boleh mengeluarkan Borang K pada atau bila-bila masa selepas notis Borang H diserahkan. Amalan yang berlaku sekarang adalah Borang K dikeluarkan selepas bayaran pampasan dibuat. Selain daripada itu Borang K juga boleh dikeluarkan pada atau selepas 15 hari notis awam Borang E 'ditampal'. Ini adalah berkaitan dengan pengambilan melalui Perakuan Kedesakan Borang I.

Mengikut seksyen 22 pula, ambil milik secara rasmi berlaku apabila Borang K diserahkan kepada penduduk, tuanpunya berdaftar dan pihak berkuasa pendaftaran. Seksyen 23 pula menyatakan pihak berkuasa pendaftaran 'SHALL' membuat ingatan/endorsan/catatan/wasil pada hakmilik daftaran.

Seksyen 66 pula menyatakan, apabila endorsan telah dibuat tanah tersebut menjadi 'TANAH KERAJAAN'

Berdasarkan kes yang dibincangkan dan berdasarkan seksyen-seksyen di atas, tanah tersebut masih tanah pemilik asal. Walau bagaimanapun, Pentadbir Tanah sekarang BOLEH membuat endorsan dengan syarat tuanpunya tanah TIDAK MEMBUAT BANTAHAN KEMAHKAMAH berkaitan dengan  ENDORSAN  YANG TIDAK DIBUAT.

Isnin, 4 Jun 2012

Ceramah Di PTG Kedah

Alhamdullah setelah bersarapan di hotel (agak sedap berbanding dengan di JB tempoh hari), saya dan En. Zahar bertolak ke PTG Kedah (tak berapa jauh dari hotel penginapan). Ceramah bermula dari pukul 8.45 pagi. Ceramah di PTG hari ini tidak terasa penatnya dan kelaspun ceria walaupun hingga pukul 4.45 petang. Ini mungkin banyak isu yang dibangkitkan oleh peserta seramai 60 orang dari semua pejabat tanah di negeri Kedah termasuk dari PTG sendiri.Bab makan yang disediakan, amat memenuhi selera. Terima kasih kepada pihak PTG Kedah.

Ahad, 3 Jun 2012

Ke Kedah

Setelah berehat semalaman di INSTUN, hari ini jam 8.00 pagi Ahad 3 Jun, saya dan keluarga berlepas ke Alor Setar. Setelah beberapa kali berhenti, kami sampai ke Bandaraya Alor Setar pukul 3.30 petang dan menginap di Hotel New Regent yang disediakan oleh PTG. Alhamdulillah hotel baru, selesa dan berhampiran Pekan Rabu yang popular di Alor Setar. Ini memudahkan keluarga untuk melawat Pekan Rabu dan mencari makanan. Esok satu hari suntuk berceramah di PTG Kedah, tajuk Pengambilan Tanah.

Sabtu, 2 Jun 2012

Berita Tergempar

Hari ini masih berada di Serkam (Rumah anak bujang lelaki) dalam perjalanan balik ke INSTUN. Malam tadi bawa keluarga dan anak lelaki ke Umbai belanja ikan bakar (Baki wang APC). Ini kali kedua ke Umbai. Kali pertama di bawa oleh CADO Jasin ketika itu apabila berceramah di Melaka.

Malam tadi tak berapa nak nenyak tidor kerana letih (bercermah di JB dan selesai penutup terus memandu ke Melaka dan di Melaka pula cuaca terlalu panas). Selepas subuh dan cuci sedikit halaman rumah anak bujang terus melayari internet. Terperanjat membaca berita " BEKAS KSU KEM. TANAH MENYERTAI PAS DI KEDAH" Tak sampai sebulan yang lalu Dato' Dr. Nik Mohd Zain menghubungi saya bertanyakan kesihatan bekas Pengarah INSTUN Miss CHIA GAIK LIAN dan tak sampai  enam bulan kami bertemu di UTM Skudai dijemput untuk bagi talk berkaitan dengan Pengambilan Tanah bersama dengan Prof Salih Buang kepada pelajar-pelajar UTM.

Moga-moga tindakan Dato' dapat menyumbang kepada negara kerana beliau adalah 'PAKAR' dalam bidang tanah dan saya banyak belajar daripada beliau.

Esok hingga 6 Jun saya berada di Alor Setar, ceramah Pengambilan Tanah untuk Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dan selepas itu barulah perbincangan mengenai 'tanah' akan diteruskan.

Jumaat, 1 Jun 2012

Ke Johor Bahru

Tanggal 29 hingga 1 Jun saya dijemput oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor mewakili INSTUN untuk menyampaikan ceramah Kursus Pengambilan Tanah untuk kakitangan Pentadbiran Tanah Negeri Johor.

Saya dan keluarga memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi 29 Mei. Dalam perjalanan tersebut kami singgah rumah saudara Zahar di Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah memenuhi pelawaannya untuk makan durian.

Tepat pukul 12.30 tgh kami meneruskan perjalanan ke JB bersama Zahar sekeluarga (Zahar sebagai Penyelaras Kursus tersebut). Sebelum sampai JB singgah pula di JPO (simpang ke Senai - pusat perniagaan outlet). Peluang diambil oleh keluarga memberi beberapa barangan.

Pukul 7 malam sampai di Hotel New York. JB. Pukul 8.30 malam memulakan ceramah untuk slot pertama. Seramai 60 orang peserta mengikuti kursus tersebut.
 
 
Papan Tanda Jalan Masuk Rumah En. Zahar


Makan Durian Di Rumah Zahar
Demam Pilihanraya Di Kampung Zahar

Anak Pungut Durian
Suasana Kelas Di Hotel New York JB

Sedang Mengajar (Kelas Malam)