Dua hari tidak dapat kemaskini blog kerana hari Isnin mengajar di INSTUN (satu hari suntuk) sementara pada hari Selasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kecil Teknikal Cadangan Pindaan Akta Pengambilan Tanah 1960 Bil. 1 di Jabatan ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya.
Untuk hari ini saya paparkan persoalan mengenai pengambilan tanah dan pandangan yang diberikan:
Ceramah Kat INSTUN Kursus Pen.Peg.Tanah DiAmbil Oleh Peserta |
Untuk hari ini saya paparkan persoalan mengenai pengambilan tanah dan pandangan yang diberikan:
Soalan daripada NOR HASLINDA BINTI ABD RAZAK Unit Pemantauan Projek Pembangunan Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Saya salah seorang peserta Bengkel Pengambilan Tanah di INSTUN, Perak yang lalu. Saya ingin mendapatkan kepastian dan pendapat tuan mengenai satu perbicaraan tanah yang telah saya hadiri. Pada hari perbicaraan Pentadbir Tanah telah menurunkan perintah RM46/meter persegi. Bagaimanapun, Borang H telah dikeluarkan dengan harga RM60/meter persegi. Saya ingin mendapatkan kepastian dan pendapat tuan mengenai perkara ini dan apakah tindakan lanjut yang boleh/perlu saya ambil?
Pandangan/Jawapan:
Mungkin RM46.00 smp hanyalah perintah lisan (yang didengari pada hari sisatan). Perintah ini tidak boleh diambil kira.
RM60.00 seperti dalam Borang H adalah perintah sebenar (yang diambil kira) kerana Borang H adalah petikan Borang G dan BORANG G ADALAH PERINTAH SEBENAR MENGIKUT SEKSYEN 14(1) AKTA.
SELANJUTNYA, PADA PANDANGAN SAYA, PENTADBIR TANAH TIDAK BOLEH BUAT BEGITU. PERINTAH LISAN (DALAM NOTA SIASATAN), BORANG G DAN BORANG H AMAUNNYA MESTILAH SAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan