Selasa, 26 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Dilupakan

Pengambilan Segera/Pengambilan Melalui Borang I

Pemohon yang memohon untuk pengambilan tanah boleh memilih sama ada mengambil tanah secara biasa atau pengambilan segera melalui pengeluaran Borang I (Perakuan Kedesakan). 

Berdasarkan seksyen 19 Akta Pengambilan Tanah 1960, Pentadbir Tanah boleh mengeluar/menyerahkan Borang K (Ambil Milik) kepada penduduk tanah, tuan punya tanah pada atau selepas tamat tempoh 15 hari dari tarikh notis awam Borang E DITAMPAL mengikut seksyen 52 dan bukannya 15 hari selepas Borang E DISERAH mengikut seksyen 53 (Ini yang difahami oleh sesetengan pihak). Ini bermakna apabila Borang K dikeluar/diserahkan pada ketika itu, pemohon boleh memasuki tanah dan tuan tanah mesti keluar dari tanah tersebut, walaupun siasatan, perintah dan bayaran pampasan belum disempurnakan.

Syarat/Kesan Pengambilan Melalui Borang I

1.   Mesti mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
2.   Borang I ditandatangani oleh Pengarah Negeri (Pengarah Tanah dan Galian)
3. Pengambilan tanah adalah untuk maksud awam dibawah seksyen 3(1)(1) dan kemudahan awam (jalan, landasan, paip gas, air, bekalan elektrik) dibawah seksyen 3(1)(b) sahaja.
4.   Jika di atas tanah ada bangunan, bangunan tidak boleh diganggu, dalam tempoh tertentu. Kerja-kerja hanya melibatkan kawasan yang tiada bangunan.
5.   PEMOHON akan dikenakan caj bayaran lewat 8% dikira mulai dari tarikh serah Borang K.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan