Seksyen 11(1)(a)
Seksyen 11(1) Akta Pengambilan Tanah menghendaki, sebagai tambahan kepada notis awam Borang E, Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyampaikan salinan-salinan notis Borang E melalui cara yang ditetapkan mengikut seksyen 53 kepada:
(a) penduduk (occupier) tanah itu;
(b) tuanpunya tanah berdaftar, jika bukan penduduk;
(c) mana-mana orang yang ada kepentingan berdaftar;
(d) mana-mana orang yang dipercayaai ada kepentingan pada tanah.
APA YANG BERLAKU KINI SALINAN NOTIS BORANG E DIUTAMAKAN KEPADA TUAN PUNYA BERDAFTAR, ORANG YANG ADA KEPENTINGAN BERDAFTAR DAN ORANG YANG DIPERCAYAAI ADA KEPENTINGAN DENGAN MENINGGALKAN PENDUDUK TANAH ITU. ALASAN YANG SERING SAYA PEROLEHI ADALAH NAMA PENDUDUK TIADA DI DALAM DOKUMEN HAKMILIK DAN APA YANG SERING TERJADI ADALAH SEMUA PIHAK MENDAPAT BAYARAN PAMPASAN, SEDANGKAN PAMPASAN UNTUK PENDUDUK TANAH TERTINGGAL
Alasan di atas tidak dapat diterima kerana, siapa dan nama penduduk diperolehi semasa Penolong Pegawai Tanah membuat lapuran dan penandaan. ITULAH RASIONALNYA SEKSYEN 9(1)(a) Akta Pengambilan Tanah mesti (shall) dilaksanakan.
Kesimpulannya penduduk tanah (jika ada) adalah pihak yang mesti didahulukan apabila notis Borang E disempurnakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan