Selasa, 19 Jun 2012

Sambungan Tindakan Yang Sering Dilupakan

Hari ini dari pagi hingga petang saya berceramah di Institut Penilaian Negara (INSPEN). Dengan sebab itu kemaskini hanya dapat dibuat pada sebelah malam.

Tindakan Selepas Warta Seksyen 8

Apabila salinan warta seksyen 8 diterima oleh Pentadbir Tanah dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, kebiasaannya/amalan, Pentadbir Tanah meminta supaya Pembantu Tadbir menyediakan Notis Borang E (Notis Siasatan). Tindakan ini adalah tidak betul.

Berdasarkan seksyen 9(1)(a) dan (b), Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyebabkan supaya kawasan-kawasan yang terlibat dengan pengambilan ditandakan atas tanah itu............. dan Pentadbir Tanah atau pihak berkuasa pendaftaran membuat catatan/endorsan/wasilan pada dokumen hakmilik daftar atau dalam Daftar Pegangan

Seksyen 10(1) pula menyatakan:

'Pentadbir Tanah hendaklah (shall) setelah menyempurnakan tindakan yang dikehendaki oleh seksyen 9, memulakan prosiding untuk pengambilan dengan memberi notis awam Borang E mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 52, dan..........................................................................'

Kesimpulannya Pentadbir Tanah mesti (shall) membuat penandaan atas tanah (bermaksud tugas ini dilaksanakan oleh Pen. Peg. Tanah atas arahan Pentadbir Tanah) dan membuat catatan/endorsan terlebih dahulu (pastikan unit Pendaftaran Pejabat Tanah  melaksanakan) setelah warta seksyen 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan