Isnin, 18 Jun 2012

Tindakan Yang Sering Dilupakan

Terdapat beberapa tindakan yang sering dilupakan/ditinggalkan/tidak dititikberatkan/tafsiran yang salah apabila melaksanakan proses pengambilan tanah walaupun tindakan tersebut adalah tindakan yang mesti (shall) dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang (Akta Pengambilan Tanah 1960). Ini dapat disenaraikan berdasarkan pertanyaan yang diajukan kepada saya apabila saya berceramah di INSTUN dan juga berceramah dimana-mana sahaja. Perkara tersebut mungkin juga akan menjadi isu apabila saya berceramah untuk kakitangan pentadbiran tanah Negeri Melaka yang berkemungkinan akan dilaksanakan di Pulau Pangkor pada hujung bulan ini.

Tindakan selepas pewartaan seksyen 4

Berdasarkan seksyen 4(2) Akta Pengambilan Tanah 1960:

'Pentadbir Tanah hendaklah memberi notis umum mengenai suatu pemberitahuan yang disiarkan dibawah subseksyen (1) mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 52'

Seksyen di atas mewajibkan Pentadbir Tanah mengambil tindakan mengikut seksyen 52 iaitu menampal salinan warta seksyen 4 dipapan kenyataan Pejabat Tanah, papan kenyataan awam  dalam mukim atau bandar dimana tanah terletak dan dimana-mana tempat di atas tanah atau kawasan berhampiran dengan tanah yang terlibat. Tujuannya adalah supaya tuanpunya tanah mengetahui bahawa tanah mereka mungkin terlibat .

Perkara ini baru sahaja terjadi apabila salah seorang tuan tanah dalam projek PETRONAS RAPID di Penggerang bertanyakan kepada saya bagaimana tuan tanah di Penggerang mengetahui tanah mereka AKAN DTERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN (seksyen 4 APT). Apabila saya memberi jawapan mengikut peruntukan undang-undang, tuan tanah menyatakan tindakan tidak dibuat oleh Pejabat Tanah (pada ketika itu, saya mendapat tahu warta seksyen 4 telahpun ada)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan