Tempoh Bantahan Ke Mahkamah
Berdasarkan seksyen 38(1) Akta Pengambilan Tanah 1960, bantahan ke Mahkamah hendaklah dibuat dengan cara permohonan bertulis dalam Borang N kepada Pentadbir Tanah. Apa yang difahami/amalan sekarang ini adalah berdasarkan ayat ini:
'Borang N hendaklah diserah kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh 42 hari dari tarikh terima Borang H'
Ayat di atas bermaksud, tempoh untuk membuat bantahan ke Mahkamah adalah dalam tempoh 42 hari dari tarikh orang berkepentingan/tuan tanah menerima Borang H.
Ayat di atas dan pemahamannya adalah salah
Ini berdasarkan kepada seksyen 38(3)(a) ' Sekiranya orang yang membuat permohonan (bantah) itu hadir atau diwakili dihadapan Pentadbir Tanah semasa Pentadbir Tanah membuat awardnya (perintah), dalam masa enam minggu dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award di bawah sekayen 14'
Untuk memperjelaskan maslah tersebut cuba perhatikan kes di bawah:
Katakan Pentadbir Tanah mengadakan siasatan pengambilan pada 25/6/2012 dan semua orang berkepentingan hadir ketika itu, semua keterangan siasatan dicatatkan di dalam nota siasatan. Setelah tamat siasatan, pada hari yang sama Pentadbir Tanah membuat perintah didalam nota siasatan dan didengari oleh orang berkepentingan. Oleh kerana kesuntukan masa (disebabkan terdapat lot-lot lain yang belum dijalankan siasatan), maka perintah Borang G belum lagi dibuat dan Pentadbir Tanah membuat perintah Borang G pada 1/7/2012. Untuk mengelak daripada kekeliruan, Pentadbir Tanah bolehlah meletakkan tarikh Borang G dan Borang H pada 25/6/2012 iaitu tarikh perintah. Apabila orang bekepentingan ingin membuat bantahan, tarikh 6 minggu dikira dari tarikh 25/6/2012. Sebaliknya jika Pentadbir Tanah meletakkan tarikh Borang G dan H pada 1/7/2012, maka 6 minggu dikira dari tarikh 1/7/2012 BUKAN TARIKH SERAH BORANG H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan